Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.
Beliau berkata penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.'
"Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.
"Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ibrahim berkata satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.
Bernama
Mon Feb 18 2013
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Dakwaan salah guna kuasa di sebuah jabatan: tidak berlaku perkara membimbangkan - Fahmi
Siasatan dalaman telah dijalankan dan sehingga hari ini pihaknya tidak mendapati berlaku perkara yang membimbangkan atau merisaukan.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Sejumlah 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' dilaksana sejak Januari - Teo
Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac.
JaPen naikkan tempoh sah laku baharu kad media antarabangsa jadi 2 tahun
Tempoh sah laku Kad Perakuan Media (KPM) JaPen bagi pengamal media antarabangsa dinaikkan daripada satu tahun kepada dua tahun berkuat kuasa serta-merta.
JaPen Sabah pergiat hebahan pastikan rakyat faham, daftar PADU
Jabatan Penerangan Sabah giat membuat hebahan dan promosi mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi memastikan rakyat di negeri ini memahami kepentingan mendaftar.
Fahmi akan bertemu pengurusan Jabatan Penerangan mengenai rayuan Harakah
Sebelum ini, Jabatan Penerangan sudah diminta untuk meneliti rayuan Harakah, namun sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas.
Insentif Rebat Rahmah pengamal media hanya bagi bayaran komitmen bulanan - Japen
Pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri bagi bil bulan September 2023 untuk pengamal media hanya terhad kepada bayaran komitmen bulanan sahaja.
Sistem D-Media mula digunakan pada 12 Disember 2022
SISTEM D-Media yang berperanan sebagai hab tunggal bagi informasi digital yang mesra pengguna, interaktif dan terkini kepada pengamal media di Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 12 Disember.
JaPen tubuh 120 komuniti Keluarga Malaysia di P.Pinang
Komuniti Keluarga Malaysia juga bertindak sebagai rakan strategik JaPen dalam memasarkan maklumat dan dasar kerajaan.
Jabatan Penerangan jadi pemudah cara bantu rakyat daftar vaksin COVID-19 - Saifuddin
Jabatan Penerangan kini berperanan sebagai pemudah cara untuk membantu rakyat khususnya golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.