Gara-gara menawarkan khidmat rawatan pemasangan pendakap gigi secara tidak sah, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh, Susilawati, 38, yang sebelum ini merupakan pekerja salun kecantikan dari Indonesia, membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial itu didapati menyediakan klinik pergigian swasta dengan memberikan rawatan pendakap gigi kepada Nurul Farahin Rahim, 25.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah pangsapuri beralamat Blok B-1 12 Pangsapuri Peringgit, Jalan Pantai Peringgit Melaka sekitar 3.35 petang 5 September lalu.
Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Nurul Kairiyah Samsudin meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh memberi kesan buruk kepada kesihatan orang awam.
Tertuduh yang diwakili peguam Suhaidi Zakaria bagaimanapun memohon mahkamah memberi hukuman ringan kepada tertuduh dengan mengambil kira tertuduh membuat pengakuan bersalah pada awal proses perbicaraan lagi.
Katanya, tertuduh juga tidak mengetahui bahawa memberi khidmat pendakap gigi tanpa sebarang kelulusan menjadi suatu kesalahan di negara ini.
Bagaimanapun, setelah mendengar rayuan dan hujahan kedua pihak, Hakim Ahmad Sazali berkata beliau memandang serius perkara seumpama ini sebelum memutuskan penjara selama sebulan dan denda RM30,000 atau 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda kepada tertuduh .
Raffi Bachik
Tue Sep 20 2016

Tertuduh tidak mengetahui bahawa memberi khidmat pendakap gigi tanpa sebarang kelulusan menjadi suatu kesalahan di negara ini. - Foto Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Setapak dikenal pasti lubuk doktor gigi palsu - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti Setapak menjadi lubuk bagi kegiatan doktor gigi palsu atau tidak bertauliah.

Doktor gigi palsu: KKM sukar siasat, minta orang ramai beri maklumat
KKM percaya kontrak perjanjian yang dilakukan bersama doktor tidak bertauliah itu antara faktor mangsa enggan membuat laporan.

16 maut dalam kejadian tembakan disifatkan paling buruk di Kanada
Dalam kejadian selama 12 jam yang disifatkan pembunuhan terburuk pada era moden di negara berkenaan, seorang pegawai Polis Diraja Kanada (RCMP) berusia 23 tahun turut terkorban.

Kami bantu sebab kasihan, bukan gila seks! - Wakil Dragon76
Dragon76 tidak mempunyai sebarang niat serong apabila bertindak mengumpulkan wang RM70,000 untuk bantu membayar denda doktor gigi palsu.

Jadi 'doktor gigi palsu', pekerja salun kecantikan dari Indonesia dipenjara
Tertuduh yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial itu didapati menjalankan operasi klinik pergigian swasta dengan memberikan rawatan pendakap gigi.