RAKYAT Malaysia sekalian,
Hari ini masuk hari kelima Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan COVID-19 atau Coronavirus di negara kita. Saya tahu, pada awalnya sebahagian kita panik dan tertanya-tanya, apa tujuan perintah ini. Sekarang, saya yakin majoriti rakyat Malaysia mulai faham kenapa perintah ini dikuatkuasakan Kerajaan.
Percayalah, perintah ini dikuatkuasakan demi menghalang penularan COVID-19 pada skala lebih besar. Ia menuntut kita berada di rumah masing-masing dan mengamalkan social distancing. Ia penting bagi menghindarkan kita daripada bergaul bebas dengan mereka yang walaupun tidak menunjukkan simptom, mungkin telah dijangkiti wabak ini. Pendek kata, perintah ini sebenarnya mampu menyelamatkan ribuan nyawa.
Sebab itulah, perintah ini wajib kita patuhi. Saya sendiri, sewaktu menghadiri beberapa Mesyuarat MKN sebelum ini, telah melihat kesungguhan luar biasa pasukan Majlis Keselamatan Negara, Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mencari penyelesaian krisis ini. Tetapi kita tidak boleh harapkan mereka sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu turut memainkan peranan. Kita mesti bantu meringankan beban mereka. Sekiranya penularan wabak ini dapat dikawal, risiko kita untuk dijangkiti akan jadi lebih rendah dan jumlah pesakit COVID-19 juga akan berkurang. Keadaan ini sekaligus meredakan tekanan petugas barisan hadapan (frontliners) yang mengendalikan krisis ini.
Untuk membantu mereka, caranya amat mudah – luangkan masa di rumah. Saya faham, kita rakyat Malaysia suka keluar untuk berjumpa kenalan masing-masing. Bersilaturrahim memang budaya kita. Namun, penularan wabak ini memerlukan kita mengamalkan gaya hidup baru, sekurang-kurangnya untuk tempoh beberapa minggu ini. Saya percaya, tidak salah untuk kita berkorban sedikit, demi manfaat yang jauh lebih besar untuk negara.
Kita perlu ingat, COVID-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan tidak pandai memilih bulu. Ia tidak memilih warna kulit, miskin atau kaya mahupun tua atau muda. Kita semua berisiko dijangkiti. Sekiranya COVID-19 tidak memilih-milih mangsa, kenapa perlu kita memilih-milih untuk membantu atau tidak?
Malah, dalam keadaan sekarang, bukan sahaja kita tidak boleh berkira-kira untuk membantu, tetapi juga kita perlu bersikap terbuka untuk menerima bantuan daripada sesiapa sahaja yang diyakini ikhlas untuk membantu kita. Bantuan ini termasuklah daripada Kerajaan luar negara. Wisma Putra misalnya, sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan China. Keakraban inilah yang membuatkan China tanpa ragu menghulurkan bantuan peralatan perubatan - face masks, hand sanitisers, COVID-19 test kits dan protective equipment untuk kegunaan frontliners. Kita juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan negara jiran seperti Indonesia bagi berkongsi maklumat serta membantu mengenalpasti rakyat Malaysia yang hadir perhimpunan tabligh di sana barubaru ini. Selain itu, kita juga berganding bahu dengan Kerajaan Singapura demi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di sana, yang mana sebahagiannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini. Malah, kita juga sentiasa berhubung dengan rakan negara di Timur Tengah bagi mendapatkan pertolongan untuk perangi COVID-19.
Saya secara peribadi, tidak sangka Malaysia akan mendapat bantuan yang sebegini banyak daripada pelbagai negara. Saya percaya, ia bukanlah disebabkan saya Menteri Luar Negeri. Tetapi kerana pengiktirafan dan penghormatan mereka di luar sana terhadap Malaysia serta menganggap Malaysia sebagai rakan akrab dalam komuniti antarabangsa.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh berasa selesa. Kita mesti sedar yang sikap kita sebagai rakyat Malaysia turut diperhatikan dari seluruh dunia. Tiada gunanya Malaysia menerima pelbagai bantuan, tetapi pada masa yang sama, sebahagian rakyat tidak patuh perintah Kerajaannya sendiri. Nasihat saya - kita tiada pilihan selain mesti berdisiplin dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan bersungguh-sungguh. Nasihat ini juga saya tujukan kepada rakyat Malaysia di luar negara.
Seperti semua sedia maklum, walaupun ramai telah dapat dibawa pulang ke tanah air, namun masih ada rakyat kita yang terkandas di luar negara susulan pendirian Kerajaan di sana berkait COVID-19. Kami di Wisma Putra sedang bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian agar semua dapat pulang dengan segera. Biarpun saya tahu, ada segelintir yang tidak setuju untuk bawa mereka pulang kerana bimbang meningkatkan risiko COVID-19. Namun saya tetap ingin menegaskan – saya tidak akan pernah berhenti berusaha untuk bawa rakyat Malaysia pulang. Negara ini milik mereka juga. Jadi mereka ada hak untuk pulang ke tanah air pada bila-bila masa.
Pun begitu, saya juga mahu mengingatkan mereka yang dibawa pulang ini, apabila tiba di Malaysia, patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan. Pastikan juga diri dikuarantin selama 14 hari. Biarpun agak membebankan, namun langkah ini penting untuk menghentikan penularan COVID-19. Kerajaan dan Wisma Putra telah membantu saudara saudari untuk pulang. Jadi saya harap, saudara saudari juga boleh menjadi rakyat yang bertanggungjawab.
Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia, dalam kita mendepani COVID-19 ini, ketepikanlah segala perbezaan dan hapuskanlah kebencian. Sekarang ialah masa untuk kita mengutamakan kesihatan diri serta kepentingan negara. Lihatlah ujian ini sebagai peluang untuk kita semua bersatupadu. Elakkan daripada menjadi penyebar berita palsu - seruan ini tidak boleh hadir daripada saya seorang sahaja. Ia mesti disampaikan oleh semua pihak dengan apa cara sekalipun.
Kita juga mesti mengingatkan antara satu sama lain, Malaysia telah lalui pelbagai ujian sebelum ini. Dan kita sebagai rakyatnya telah buktikan, yang kita boleh harunginya bersama-sama. Dengan syarat, semua kekal tenang dan lakukan perkara yang betul. Jika ini dapat kita pastikan, saya yakin, kita juga pasti mampu harungi ujian COVID-19 ini.
Bersabarlah, setiap krisis pasti ada hikmahnya. Buat masa ini, antara kebaikan yang telah dapat dilihat, kita bukan sahaja lebih mengenali, malah lebih menghargai mereka yang terlibat secara langsung dalam pengendalian krisis ini. Kepada para doktor, jururawat, kakitangan hospital, petugas di lapangan terbang serta pintu masuk negara, anggota polis dan tentera – I salute you!
Saya percaya, apabila krisis ini berakhir kelak, salah satu kunci kejayaan yang akan dicatat dalam sejarah negara ialah, semangat kebersamaan antara seluruh rakyat Malaysia. Semangat yang sama diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu dalam menuntut Malaysia yang bebas dan Merdeka. Sekarang giliran kita pula, untuk membebaskan negara daripada sebarang kemudaratan. Demi masa depan yang cerah buat anak, cucu dan cicit kita, kita mesti perangi wabak ini habis-habisan. Saya yakin, Malaysia boleh!
Kepada seluruh rakyat Malaysia - stay safe, stay home dan paling penting stay strong!
Hishammuddin Hussein
Sun Mar 22 2020

HISHAMMUDDIN: Dalam keadaan sekarang, bukan sahaja kita tidak boleh berkira-kira untuk membantu, tetapi juga kita perlu bersikap terbuka untuk menerima bantuan daripada sesiapa sahaja yang diyakini ikhlas untuk membantu. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.

China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.