Segelintir masyarakat yang tidak berwibawa semakin berani mengeluarkan penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam, terutamanya di media sosial.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Saleh, angka aduan yang diterima sangat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian di kalangan masyarakat.
“Setakat ini maklumat terkini yang saya terima ada lebih kurang 10,000 kes aduan yang kita terima daripada unit pemantauan Jakim.
"Jadi, ini jumlah yang agak besar dalam masa yang singkat,” katanya pada sidang media pra pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 di sini pada Selasa.
Beliau juga menggesa unit pemantau itu memastikan kesahihan dengan membuat penapisan secara teliti terhadap aduan yang diterima kerana besar kemungkinan terdapat beberapa aduan palsu yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab.
“Kadang-kadang ada aduan daripada akaun palsu. Itu lebih kepada provakasi. Yang betul-betul menghina, kadang-kadang kita tengok berulang. Jadi, mungkin itulah yang kita akan tapis dan kita tengok secara teliti,” katanya.
BACA: Dua lelaki hina agama Islam, Nabi direman sehingga Ahad
BACA: Lagi individu ditahan, kali ini kerana hina agama Hindu pula
Tambahnya, senario menghina agama kini dilihat membimbangkan dan perlu dibendung kerana mampu mencipta jurang yang besar antara rakyat.
Kerajaan juga kini dalam usaha mendidik rakyat agar berkasih sayang sesama insan dan tidak menjatuhkan hukuman sesuka hati, kata Fuziah.
BACA: Empat didakwa kerana hina Islam dan Nabi Muhammad
BACA: Isu hina Nabi: Pas cadang hukuman lebih keras
Pada 7 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Jakim menubuhkan satu unit pemantau terhadap penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.
Katanya, unit itu juga diminta menerima sebarang aduan dan seterusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya mendapati terdapat kelakuan bersifat menghina atau provokasi.