Jambatan baharu sepanjang 150 meter merentasi Sungai Papar di Kampung Simpudu, menjadi jambatan pertama siap dibina di bawah Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan mula dibuka kepada lalu lintas sejak bulan lalu.
Jambatan di Kampung Simpudu yang dibina di bawah Pakej Kerja 5 (Papar-Donggongon) merupakan satu daripada 26 jambatan akan dibina di sepanjang lima Pakej Kerja bermula di Pakej Kerja 1 (Sindumin-Kampung Melalia) dalam daerah Sipitang sehingga ke Pakej Kerja 5 (Papar-Donggongon) di bawah projek lebuh raya Sabah itu.
Jambatan baharu di jalan raya yang melalui Kampung Simpudu dan dikenali penduduk tempatan sebagai Jalan Papar Lama, mula dibina pada Ogos 2016 dan siap Julai tahun ini.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP), Muhammad Fadzil Abdul Hamid berkata pada masa ini, jambatan baharu berkenaan digunakan sebagai laluan dua hala sehingga sebuah lagi jambatan baharu di sebelahnya dibina menggantikan jambatan lama sedia ada di situ.
"Kerja-kerja merobohkan jambatan lama (Jambatan Datuk Salleh Sulong) sudah dimulakan bulan lepas. Jambatan besi berusia 42 tahun itu dirasmikan Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Lim Guan Sing (kini Datuk) pada 7 Okt 1976.
"Ia dinamakan Jambatan Datuk Salleh Sulong sempena nama wakil rakyat Papar ketika itu yang juga Menteri Kewangan Sabah yang terkorban dalam nahas pesawat pada 6 Jun 1976," kata Muhammad Fadzil kepada pemberita sempena program lawatan media ke jambatan baharu itu di sini hari ini.
Muhammad Fadzil berkata pembinaan jambatan baharu bagi menggantikan Jambatan Datuk Salleh Sulong itu akan dimulakan pada Januari tahun hadapan, sebaik sahaja kerja-kerja meroboh jambatan lama selesai, dan jambatan baharu kedua itu dijangka siap pada Mac 2020.
Mengenai penyiapan Pakej Kerja 5 sepanjang 11.7 kilometer (Papar-Donggongon) di bawah projek Lebuh Raya Pan Borneo berkenaan, beliau berkata ia kini mencapai 43 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2020.
Katanya penyiapan pembinaan lebuh raya pakej berkenaan mengalami sedikit kelewatan berbanding jadual asal, antara lain disebabkan proses pengambilan tanah yang perlu dilakukan secara baik dan berhemah kerana ia melibatkan tanah-tanah penduduk.
Muhmmad Fadzil berkata daripada 35 pakej kerja di bawah projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah itu, 12 pakej kini sedang dalam pelaksanaan melibatkan kira-kira 2,500 pekerja termasuk kakitangan BHP, kontraktor, perunding, pembekal dan sebagainya.
Mengenai entiti BHP yang masih kurang difahami sesetengah pihak, Muhammad Fadzil berkata BHP sebenarnya adalah Rakan Penyampai Projek (PDP) kerajaan Sabah dan kerajaan persekutuan beserta agensi-agensi masing-masing. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018

Jambatan baharu di jalan raya yang melalui Kampung Simpudu dan dikenali penduduk tempatan sebagai Jalan Papar Lama, mula dibina pada Ogos 2016 dan siap Julai tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
Lapangan Terbang Phnom Penh adakan latihan simulasi
Latihan tindak balas kecemasan yang mensimulasi kemalangan pesawat dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada Jumaat.

Dibuang kerja, kini berniaga di Tamu Donggongon
Akibat dibuang kerja susulan pandamik COVID-19, para belia ambil tindakan berniaga di Pasar Tamu Donggongon.

Jambatan pertama projek lebuh raya Pan Borneo Sabah dibuka
Jambatan baharu sepanjang 150 meter merentasi Sungai Papar di Kampung Simpudu, menjadi jambatan pertama siap dibina di bawah Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

Tiga wanita ditahan terlibat aktiviti pelacuran di Penampang
Dua wanita tempatan dan seorang warga Filipina ditahan polis kerana terlibat dalam akviti pelacuran dalam serbuan di pekan Donggongon, pagi Ahad.