Dua lelaki maut apabila tertimbus dalam kejadian runtuhan jambatan berdekatan Taman Serdang di Serdang, malam tadi.
Menerusi kenyataan ringkasnya, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Barudin Wariso berkata kejadian berlaku kira-kira 10.15 malam membabitkan mangsa yang terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal.
"Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan," katanya.
Difahamkan, kedua-dua mangsa warga tempatan itu tertimbus di bawah runtuhan berkenaan sebelum anggota bomba dari Balai Bomba Serdang digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.
Anggota penyelamat kemudiannya menemui motosikal dan topi keledar dipercayai milik mangsa.
Bagaimanapun mangsa pertama hanya ditemui pada 12.15 pagi tadi manakala mangsa kedua selang lima minit kemudian.
Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
BACA: Dua maut jambatan runtuh
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah dalam kenyataannya memaklumkan menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.27 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomba Serdang dan jentera FRT digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian didapati terdapat sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 telah berada di bawah runtuhan jambatan di dalam kawasan taman dan dipercayai terdapat dua orang mangsa yang terlibat di bawah runtuhan jambatan tersebut.
"Ketua operasi membuat 'size-up' dan mengarahkan anggota melakukan pencarian di bawah runtuhan jambatan dengan membuat penggalian menggunakan cangkul bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus lebih kurang 0.3 meter," menurut kenyataan itu.
Bomba kemudiannya berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa berkenaan yang berusia 17 tahun sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 11 2018

Ketika jentera bomba tiba di lokasi kejadian, terdapat sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang berada di bawah runtuhan jambatan. - Foto ihsan polis

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki ditahan ugut dua anak dengan parang
Suspek menjerit nama kedua-dua anaknya itu sambil mengugut untuk menetak mereka jika tidak pulang ke rumah dalam masa sejam.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Langgar SOP: Polis siasat penuntut universiti, pekerja syarikat kurier
Ia susulan laporan seorang individu di Balai Polis Seri Iskandar jam 6 petang Khamis mengenai insiden itu yang tular di media sosial.

Motosikal kemalangan terbakar akibat minyak yang dibawa, penunggang parah melecur
Dua lelaki parah melecur apabila motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan lalu terbakar.

Pekerja Bangladesh maut dilanggar forklift
Kejadian yang berlaku jam 11.30 pagi turut menyebabkan seorang lagi pekerja warga Bangladesh, Anuwor Hossem, 32, mengalami kecederaan akibat perlanggaran tersebut.

20 lembu mati bergelimpangan dalam kebun kelapa sawit
Pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu daripada seorang penternak yang mendapat maklumat itu daripada kawannya, kira-kira jam 10 pagi.

Main meriam karbaid ketika PKPB, tiga lelaki diberkas
Barudin berkata, hasil siasatan awal mendapati mereka telah bermain meriam karbaid dari jam 9 malam dan telah melepaskan empat das tembakan sebelum ditahan.

Bayi enam bulan maut kereta dipandu bapa terbabas dalam parit
Bayi itu meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat pagi ini, manakala kedua ibu bapanya mengalami luka di seluruh badan.

Suspek tetak adik kandung dengan parang panjang didakwa esok
Suspek yang bekerja di sebuah syarikat di Subang, Selangor, diberkas dalam serbuan di sebuah inap desa di Tanjung Karang, Selangor pada Isnin.

Mayat terapung ditemukan di Sungai Perak
Mayat yang dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 7.50 malam itu dikenali sebagai Hosnan berasal dari Tanjung Perak, Indonesia.