Dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19, kerajaan bertekad untuk memastikan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini terus dibanteras.

Perkara itu turut dizahirkan dalam sidang media harian bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Berikut beberapa tumpuan sepanjang sidang media tersebut:

1. 23 individu ditahan dan direman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

2. Seramai 61 individu dikompaun atas pelbagai kesalahan ingkar arahan pada hari kedua pelaksanaan PKPP.

3. 1,517 PATI ditahan di bawah Operasi Bersepadu atas pelbagai kesalahan Imigresen setakat 11 Jun.

4. Jumlah kumulatif PATI dirawat di MAEPS adalah 8143 individu. Daripada jumlah itu, 430 PATI telah didiscaj dan dihantar pulang ke negara asal.

5. Penganjuran mesyuarat, seminar, kursus dan latihan dibenarkan. SOP sedang diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan (KKM).