Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menasihatkan orang ramai supaya jangan panik dengan pewartaan mukim Matang sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila, atau rabies.
Menurut beliau, pewartaan itu bukan bermakna telah berlaku wabak rabies di kawasan tersebut.
Sebaliknya, jelas Zambry, pewartaan itu adalah pendekatan pro-aktif kerajaan negeri untuk membolehkan langkah-langkah pengawalan penyakit tersebut dibuat.
Beliau menambah, jika tiada pewartaan itu, mungkin ada pihak-pihak yang akan cuba menghalang Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil langkah pengawalan.
"Walaupun hanya seekor anjing yang mati tetapi kita mengambil langkah ke hadapan untuk membanterasnya," katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan masyarakat India di Dewan Seri Sungkai sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Muallim.
Zambry pada Isnin telah menandatangani pewartaan mukim Matang di Taiping sebagai kawasan dijangkiti rabies.
Beliau meminta semua pihak memberi kerjasama yang sewajarnya untuk menangani isu tersebut.
Dalam masa sama, Zambry mengumumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Chua Yee Ling telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri.
Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu Rabies ditubuhkan pada Ahad lalu, sebaik sahaja kes tersebut dikesan di Kuala Sepetang.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal kesihatan, Datuk Dr Mah Hang Soon dan akan mengadakan mesyuarat esok (Rabu) untuk membincangkan perkembangan terkini dan langkah selanjutnya.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jul 18 2017

Zambry (gambar) meminta semua pihak memberi kerjasama yang sewajarnya untuk menangani isu rabies di negeri itu. - Gambar fail

MMM langkah penting ke arah media bebas, bertanggungjawab - Wartawan Sabah
Penubuhan Majlis Media Malaysia merupakan satu langkah penting ke arah media yang bebas dan bersifat kawal selia kendiri di negara ini.
Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan TimorLeste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Siklon Garance ragut 3 nyawa
Tiga terkorban, 182,000 penduduk terputus bekalan elektrik, 171,000 tidak mempunyai air bersih dan 134,000 mengalami gangguan internet.
[TERKINI] PMO adakan taklimat dua kali sehari setiap hari
Bernula hari ini, satu taklimat harian yang dikendalikan Pejabat Perdana Menteri akan disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia setiap hari jam 11 pagi dan 5 petang.

Ejen pelancongan parah dilibas sabit gara-gara berebut pelanggan
mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan telinga kiri serta dihantar ke HQE untuk mendapatkan rawatan.

ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand
Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia.
PM Anwar perkenal Taklimat Harian PMO untuk salur maklumat tepat kepada rakyat
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.

GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan
Ia termasuk akses kepada khidmat guaman, selaras dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang yang sewajarnya.
Menteri letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain Anneliese Dodds meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan

Pelancongan di Kuala Sepetang akan terjejas akibat rabies - Nolee Ashilin
Kerajaan Perak tidak menafikan bahawa pewartaan Mukim Matang sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies akan memberi kesan kepada kedatangan pelancongan di kawasan tersebut.