"Jangan risau, saya tidak tahu anda di mana," jamin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau memberi janji itu ketika ditanya mengenai soal privasi aplikasi MyTrace yang digunakan untuk memantau pergerakan orang ramai bagi tujuan pengesanan kontak sebagai usaha membendung penularan COVID-19.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian sewaktu menjadi tetamu program Cerita yang dikendalikan oleh penyampai berita dan produser Astro AWANI, Essan Yahya di sini, pada Isnin.
Beliau menjelaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya berupaya mendapatkan maklumat penting seperti nombor telefon, jarak dan masa seseorang individu mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19 yang disimpan di telefon pengguna dan bukannya pelayan berpusat, dalam tempoh 21 hari.
Malah katanya, perkara itu hanya boleh dilakukan oleh pegawai KKM selepas mendapat persetujuan pengguna semasa temu bual pengesanan kontak untuk tujuan mengakses data.
Dalam pada itu, Khairy memberitahu, kerajaan juga akan mendedahkan kod sumber atau kod program bagi aplikasi MyTrace itu tidak lama lagi bagi mengatasi kebimbangan mengenai soal privasi.
Katanya, kod sumber itu boleh dirujuk oleh pakar-pakar teknologi untuk melihat bahawa kerajaan tidak mengesan maklumat mengenai lokasi itu.
"Nanti pakar-pakar boleh tengok, betul atau tak apa yang KJ (Khairy Jamaluddin) cakap, bahawa kerajaan tidak simpan lokasi," tambahnya.
Meskipun terbukti keberkesanan aplikasi itu namun dia menjelaskan kerajaan tidak akan memaksa mana-mana individu untuk memuat naik aplikasi berkenaan.
Katanya, ia perlu dilakukan secara sukarela atas tanggungjawab sendiri untuk memutuskan rantaian COVID-19.
"Dari segi kebebasan teknologi, kita tidak boleh memaksa mana-mana individu (untuk memuat naik aplikasi itu)," tambahnya lagi.
Walaupun begitu katanya, KKM masih boleh membuat pengesanan kontak secara manual.
Umavathi Ramayah
Mon May 11 2020
Khairy Jamaluddin memberitahu kerajaan akan mendedahkan kod sumber atau kod program bagi aplikasi MyTrace itu tidak lama lagi.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
PKP: Waktu operasi kedai makan masih kekal 6 pagi hingga 8 malam
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Khamis.
Fahami maksud, perbezaan PKPB antara Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya
PKPB merupakan langkah kerajaan untuk memberi fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial.
COVID-19: Senarai sekolah ditutup di daerah Klang
Berikutan pertanyaan mengenai penutupan sekolah di daerah Klang, kerajaan mengeluarkan senarai sekolah penuh yang terlibat.
PKPB empat zon merah di Sabah dan Selangor mulai 9 Oktober
Empat kawasan itu merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif COVID-19.
Pusat kuarantin di hotel akan ditutup - Ismail Sabri
Pusat kuarantin di hotel akan mula ditutup memandangkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara kini boleh menjalani kuarantin di kediaman masing-masing jika ujian COVID-19 disahkan negatif.
Rakyat Malaysia masih degil, 61 individu ditahan ingkar PKPB
Tinggal dua hari lagi PKPB dijadualkan berakhir, namun ramai yang masih degil apabila 61 individu direman atas kesalahan ingkar arahan PKPB, pada Sabtu.
COVID-19: Perdagangan Malaysia susut 16.4 peratus
Pandemik COVID-19 yang menganggu rantaian bekalan global menyebabkan perdagangan Malaysia pada April 2020 menyusut 16.4 peratus kepada RM133.24 bilion, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pengesanan dalam komuniti diteruskan, meskipun kes semakin berkurangan - Dr Noor Hisham
Meskipun kes jangkitan semakin berkurangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus menjalankan aktiviti pengesanan jangkitan COVID-19.
Usah bimbang, bekalan keperluan cukup - Ismail Sabri
Bekalan barangan keperluan harian adalah mencukupi dan mampu untuk menampung keperluan dalam negara.
PKPB: Nasib jurugambar perkahwinan diketahui Selasa depan - Ismail Sabri
Nasib jurugambar perkahwinan sama ada mereka dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti sektor lain atau sebaliknya pada tempoh pandemik ini akan diketahui, Selasa depan.