Jabatan Imigresen meminta majikan tidak menyalahkan mereka kerana menahan pekerja yang melakukan kesalahan kerana ia adalah tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, tegas ketua pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali.
Sebaliknya, Mustafar mahukan majikan lebih matang dan sedar mereka sendiri melakukan kesalahan dan harus bersedia menerima akibat daripada keputusan mereka.
"Jabatan Imigresen tidak akan berhenti setakat menahan warga asing yang melakukan kesalahan, malah akan menyiasat dengan lebih lanjut setiap kes. Majikan turut berhadapan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada di bawah Akta Imigresen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mustafar mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas kenyataan pengurusan sebuah restoran makanan Korea di laman sosial Facebook mengenai penahanan pekerja warga asing restoran tersebut yang menurut beliau tidak menunjukkan situasi sebenar operasi dan disifatkan kenyataan tidak bertanggungjawap.
Dalam kenyataannya di Facebook, pengurusan restoran itu menyalahkan pihak berkuasa yang kononnya mengakibatkan pengunjung restoran mereka berhadapan kesukaran apabila ramai pekerja asingnya ditahan.
Mustafar menjelaskan, restoran itu adalah antara premis di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur yang diperiksa pada 28 April lepas berdasarkan aduan orang awam bahawa premis makanan di situ banyak mengambil pekerja asing sebagai penyedia dan jurujual makanan.
"Hasil pemeriksaan di restoran itu, kami menahan seorang warga tempatan dan 28 pekerja warga asing atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan-peraturan Imigresen.
"Mereka yang ditahan adalah 12 warga Bangladesh, Filipina (lapan), Myanmar (tiga), Indonesia (dua), Nepal (dua) dan Pakistan (satu)," katanya yang menjelaskan operasi itu turut membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Menurut Mustafar, warga tempatan yang mengaku penyelia di premis berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing.
Menurutnya antara kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah, Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh sah dan di bawah peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.
Mustafar turut mengingatkan majikan supaya sedar tindakan mereka menggaji warga asing tanpa pas yang sah adalah merupakan satu kesalahan serius.
"Amaran telah dikeluarkan berulang kali dalam media massa mahupun media sosial sama ada daripada jabatan ini atau Kementerian Dalam Negeri tetapi masih ramai majikan berdegil dan terus menggaji pekerja asing tanpa izin sebagai pekerja," katanya.
Menurutnya, jabatan itu juga mendapati ramai pekerja asing bekerja di barisan hadapan yang jelas merupakan sektor yang tidak dibenarkan menggunakan pekerja asing, seperti juruwang, jurujual lelaki dan wanita, pelayan restoran dan sebagainya.
Perkara ini, katanya, amat mendukacitakan kerana majikan memandang remeh dan sanggup melanggar undang-undang untuk mengaut keuntungan jangka pendek semata-mata dan tindakan mereka turut menyumbang kepada kebanjiran warga asing tanpa izin (PATI).
Mustafar berkata kerajaan telah memberi peluang kepada majikan mendaftarkan pekerja asing yang bekerja dengan mereka melalui Program E-Kad yang telah dibuka sejak 15 Feb lepas dan akan tamat pada 30 Jun ini.
Majikan perlu merebut peluang ini dan mendaftarkan segera pekerja asing mereka sebelum tamat tempoh program ini kerana operasi penguatkuasaan tetap akan diteruskan sepanjang tempoh ini, jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2017
Mustafar mahukan majikan lebih matang dan sedar mereka sendiri melakukan kesalahan dan harus bersedia menerima akibat daripada keputusan mereka. -Gambar fail
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
[TERKINI] PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna teknologi AI
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengakui bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan meniru suara seorang pemimpin asing.
Na’imah Mohon Rujuk Undang-Undang Kes Isytihar Harta
Mahkamah menetapkan 18 Februari depan untuk keputusan sama ada Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, boleh merujuk isu perundangan pertuduhannya ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
Tujuh Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM terima warikah pelantikan
Seramai tujuh ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima watikah lantikan hari ini.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.33 seliter kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Januari.
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.
JDT lakar sejarah rekod kemenangan ke-29 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi melakar sejarah dengan merekodkan kemenangan ke-29 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak 24 Jun 2022.
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM974,000 akibat terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, baru-baru ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
PM Anwar terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan delegasinya, hari ini.
Filem 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin filem animasi terbaharu terbitan syarikat produksi Les' Copaque bertajuk 'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.