RASANYA rata-rata daripada kita suka sidai baju dalam rumah. Lebih-lebih lagi, apabila basuh pada waktu malam dan tidak kurang juga yang memang suka jemur di dalam rumah atas sebab-sebab tertentu.
Biasanya kalau sidai baju dalam rumah disebabkan oleh tiada ampaian, tinggal di pangsapuri dan mungkin juga yang sudah terbiasa jemur di dalam rumah.
Ada juga yang memberi alasan kerana takut hujan dan tiada orang di rumah. Jalan selamat, jemur sahaja dalam rumah.
Ada sesetengah alasan mungkin boleh diterima apabila sidai baju dalam rumah. Tetapi, sebenarnya ia tidak elok untuk kesihatan diri dan keluarga yang kita tidak nampak.
Ini antara sebab tidak elok sidai baju di dalam rumah dan kesannya yang perlu kita tahu.
1. Penyebab Kanser
Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.
2. Pengaruh Alergi
Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.
3. Beracun
Pernah tidak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walaupun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut memberi kesan buruk kepada kesihatan anda tanpa disedari.
4. Penyakit Asma
Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembapan ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.
5. Lemahkan Sistem Ketahanan Badan
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.
Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangkut, cuci kering lagi selamat.
Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah kepada sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, kita ingat benda ‘simple’ ini okay sahaja. Tetapi, kita tidak tahu apa akan berlaku nanti. Kalau boleh, elak dan jangan biasakan.
Sumber: PetuaIbu
* Artikel asal disiarkan di Mingguan Wanita.
Mingguan Wanita
Mon Oct 04 2021
Biasanya kalau sidai baju dalam rumah disebabkan oleh tiada ampaian, tinggal di pangsapuri dan mungkin juga yang sudah terbiasa jemur di dalam rumah. - Gambar hiasan
Sean "Diddy" Combs kekal dipenjara, ikat jamin ditolak buat kali kedua
Sean "Diddy" Combs dinafikan ikat jamin buat kali kedua selepas ditahan atas tuduhan pemerdagangan seks dan pemerasan.
PM minta FAM sedia pelan, KPI jamin peningkatan prestasi Harimau Malaya
Tuntutan itu sebagai balasan kepada komitmen kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk bantu perkasa pasukan kebangsaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 September 2024]
Fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Amirul Aiman
- Banjir Kedah: Daerah terjejas naik kepada tujuh, lebih 3,000 mangsa
- SPRM jumpa wang tunai hampir RM800,000 dalam bilik tidur pegawai imigresen
- Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
#AWANInews #AWANIpagi
- Banjir Kedah: Daerah terjejas naik kepada tujuh, lebih 3,000 mangsa
- SPRM jumpa wang tunai hampir RM800,000 dalam bilik tidur pegawai imigresen
- Pakar pendidikan senaraikan tiga sebab Pentaksiran Bilik Darjah tidak berkesan di Malaysia
#AWANInews #AWANIpagi
UCL: Arsenal hilang khidmat Martin Odegaard
Martin Odegaard diketepikan sementara waktu susulan mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi buat Norway.
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.
Banjir: Perkembangan di utara tanah air
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, meningkat setakat 6 pagi tadi.
Kita bersama wartawan Hasimi Muhamad untuk laporan mengenai situasi banjir di utara tanah air.
Kita bersama wartawan Hasimi Muhamad untuk laporan mengenai situasi banjir di utara tanah air.
Rempuh Jambatan Baltimore: Amerika tuntut RM437 juta dari pemilik kapal Singapura
Jabatan Kehakiman AS sedang berusaha untuk dapatkan semula ganti rugi urus bencana daripada dua syarikat di Singapura.
Kekejaman zionis: PBB tuntut Israel tamatkan kehadiran tidak sah di wilayah Palestin
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima pakai resolusi digubal Palestin yang menuntut Israel menamatkan "kehadirannya yang menyalahi undang-undang di Wilayah Palestin yang Diduduki" dalam tempoh 12 bulan.
Karya agung A. Samad Said di pentas antarabangsa
'Rumah Kosong' yang telah melalui proses penyusunan penceritaan selama lebih 20 tahun itu akan dipentaskan di Singapura pada 20 dan 21 Sept ini.
Kekejaman zionis: Gencatan senjata cara terbaik bendung keganasan Asia Barat - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, hari ini mengaku gencatan senjata cara terbaik untuk menghentikan perang Palestin-Israel.
Jangan sidai baju basah dalam rumah, tak elok untuk kesihatan
Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah.