Majikan disaran bersikap terbuka dan sedia mengambil bekas pesakit mental untuk bekerja.
Pengasas Yayasan Kesihatan Mental Malaysia , Datuk Dr. Abdul Aziz Abdullah berkata, ia berikutan stigma majikan yang takut untuk menggaji golongan ini sehingga menutup peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan seperti insan normal lain.
"Stigma majikan itu yang jadi masalah bagi kita yang menjalankan psiko sosial iaitu persepsi bahawa mereka ini tidak boleh menjalankan apa juga bentuk pekerjaan.
"Sebenarnya mereka boleh bekerja. Sebelum ini memang mereka di yayasan ini tidak boleh boleh buat apa pun, tapi kita sudah tunjukkan sekarang.
"Bukan jumlah kecil, saya rasa dalam 100 orang yang menjalani latihan di sini, 30 peratus daripadanya sudah boleh berdikari. Ini boleh menyumbang pendapatan kepada keluarga mereka,"katanya dalam satu temubual bersama Astro AWANI di bangunan Yayasan Kesihatan Mental Malaysia di ibu negara.
Tambahnya, bagi golongan pesakit mental yang bukan dalam kategori kritikal, mereka masih lagi boleh bekerja, namun memerlukan pengawasan yang minimum serta bantuan ubat-ubatan.
BACA: Mampukah pesakit mental kembali bekerja?
Di Yayasan Kesihatan Mental Malaysia katanya, pihaknya menekankan aspek perniagaan kerana bidang itu menyediakan peluang kepada pelatih untuk bekerja sendiri.
Beliau juga berhasrat untuk menambah modul latihan kemahiran fotografi pada masa akan datang khusus untuk pelatih baru yang akan memasuki yayasan berkenaan.
Justeru, beliau berharap kerajaan memberikan bantuan berterusan kepada Badan Bukan Kerajaan, NGO seperti yayasan itu bagi memelihara kebajikan pesakit-pesakit mental.
"Kita minta peruntukan kepada NGO yang melakukan inisiatif seperti yayasan ini diteruskan. Dari segi tenaga kita kekurangan tenaga pakar terapi yang boleh membantu pesakit kita. Jadi, kita mohon daripada pihak kerajaan bantuan berterusan," katanya.
Apa yang penting tegasnya, sokongan daripada keluarga dan perubahan stigma masyarakat terhadap golongan ini.
Rahimah Abdullah
Wed Oct 14 2015

Terdapat stigma majikan yang takut untuk menggaji golongan ini sehingga menutup peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan seperti insan normal lain. - Gambar Hiasan
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Lelaki didakwa tetak ibu tiri hingga maut
Abdul Aziz Abdullah hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.

PGA tumpas kegiatan penyeludupan ketum di sempadan
Dua rampasan dilakukan pada Ahad di Kawasan Kebun Pisang Jalan Keselamatan PB 19 dan BKC 7 Padang Besar, Perlis.

"Jangan takut ambil bekas pesakit mental bekerja"
Pesakit mental yang bukan dalam kategori kritikal, mereka masih lagi boleh bekerja, namun memerlukan pengawasan yang minimum serta bantuan ubat-ubatan.