Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengingatkan masyarakat untuk tidak mudah terpedaya dengan sandiwara politik segelintir pihak yang menuduh kerajaan menggadai kedaulatan negara apabila menarik pelaburan daripada China.
Perdana Menteri berkata pelaburan daripada negara itu adalah pelaburan yang sama dilakukan oleh negara-negara lain dengan mengambil kira faktor dunia yang saling berhubung kait dan fenomena globalisasi.
"Secara asasnya tiada beza antara pelaburan dari China dengan pelaburan dari Eropah, Jepun, Korea atau sebagainya...kita boleh terima pelaburan daripada (negara) orang putih, tapi apabila dari China, kata kita nak jual kedaulatan.
"Ini tidak adil kerana pelaburan dari China memberi manfaat kepada negara termasuk kita di Pahang, bukan hanya pelaburan besar seperti ECRL (pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur) tetapi harga kelapa sawit juga meningkat, sekali gus menguntungkan pekebun kecil dan peneroka," katanya.
Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata demikian pada Program Sepetang Bersama Masyarakat Cina Parlimen Pekan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pekan di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Dalam lawatan Najib ke China, November lepas, sebanyak 14 memorandum persefahaman (MoU) bernilai kira-kira RM144 bilion telah ditandatangani, yang merupakan jumlah terbesar dalam sejarah hubungan Malaysia dengan negara asing.
Dalam perkembangan lain, beliau memberi jaminan bahawa tiada kaum akan dipinggirkan dalam pembangunan negara, yang menjadi dasar kerajaan dan tanggungjawab beliau sebagai perdana menteri.
"Oleh itu, kita perlu tunjukkan keprihatinan dengan mengadakan pelbagai program selain dasar yang merangkumi semua pihak. Mesti turun padang berjumpa, berjabat tangan dan beri perhatian kepada setiap permasalahan komuniti," katanya.
Dalam ucapannya, perdana menteri juga mengakui SJKC Pekan dekat di hatinya kerana keunikan sekolah itu yang mempunyai 60 peratus pelajar Melayu, diikuti Cina (29 peratus), Orang Asli (15 peratus) dan empat peratus pelajar keturunan kaum India.
"Ini menjadikan sekolah ini sebagai cerminan kepada komposisi masyarakat kita," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan ang pau kepada 366 warga tua dan limau mandarin kepada masyarakat Cina yang akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 28 Jan ini.
Sementara itu, ketika berucap di majlis penutup kursus praperkahwinan yang disertai kira-kira 500 peserta anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pekan, Najib melahirkan kebimbangan tentang kes keruntuhan insitusi kekeluargaan dan perkahwinan yang kian meningkat pada masa kini.
Beliau berkata keadaan itu menyebabkan segelintir masyarakat mudah terpengaruh dengan anasir negatif seperti militan Daesh.
"Ada orang terjebak dengan ideologi berbeza kerana asas keluarga mereka yang rapuh, mereka tidak bahagia dan cuba alih perhatian kepada mencari kebebasan di luar termasuk menjadi pejuang di bawah kumpulan Daesh sehingga ada yang menjadi pengebom berani mati.
"Walaupun ibu bapa ...isteri, merayu-rayu, mereka ketepikan sahaja. Mereka nilai sendiri pemahaman Islam yang hakikatnya ia bertentangan dengan nilai Islam sebenar," katanya.
Justeru, katanya, kerajaan dan UMNO khususnya akan terus melakukan usaha yang terbaik untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara dengan turut mengutamakan pembangunan insaniah dan bukan fizikal semata-mata.
--BERNAMA
NHAL2 SSS NSM DC
15/01/2017 17-51ST
Bernama
Sun Jan 15 2017
Datuk Seri Najib mengingatkan masyarakat untuk tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menuduh kerajaan menggadai kedaulatan negara. - fotoBERNAMA
Dua nelayan cedera bot meletup, terbakar
Ketika kejadian berlaku, mangsa sedang bersiap sedia melakukan persiapan untuk ke laut menangkap ikan.
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
AWANI Pagi: Belanjawan 2025 - Gaji Premium, Magnet Pilih Aliran TVET?
Ikuti siaran luar bersempena pembentangan Belanjawan 2025, langsung dari German-Malaysia Institute (GMI) bersama tetamu Dr. Mohd Faizal Tokeran, Ketua Sekretariat Majlis TVET Negara dan Azizullah Mohd Rapini, Pengarah Pembangunan Perniagaan Fester Automation Sdn. Bhd & Alumni GMI membincangkan mengenai tawaran gaji premium yang dinikmati graduan TVET menjadi magnet untuk mengembangkan aliran itu seterusnya melahirkan modal insan dimahukan negara.
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, peniaga nantikan Belanjawan 2025
Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal.
Anggota One Direction 'amat terkejut dan sedih' dengan kematian Liam Payne
Harry Styles, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Niall Horan keluar kenyataan bersama selepas pemergian rakan mereka dalam band One Direction.
Presiden Emmanuel Macron sifatkan kematian Yahya Sinwar sebagai 'turning point'
Presiden Emmanuel Macron menyifatkan kematian pemimpin Hamas, Yahya Sinwar sebagai titik perubahan (turning point) pembebasan tebusan.
Impak kematian Yahya Sinwar kepada perang Israel-Palestin
Bersama di talian, Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Kehormat MyCare, untuk analisis lanjut perkembangan terkini dalam konflik Israel-Palestin.
Keganasan di Gaza tingkat tahap kebuluran - Laporan
Operasi ketenteraan Israel yang sengit menambah kebimbangan dan menghalang akses kemanusiaan.
AWANI Pagi: Belanjawan 2025: Cabaran Perkasa Institusi TVET Negara
Sempena Belanjawan 2025 yang dibentangkan hari ini, ikuti diskusi 7:30 pagi dalam siaran luar dari German-Malaysia Institute (GMI) bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Solihin Mohamed Yusoff membincangkan mengenai cabaran, halangan dan bergerak ke hadapan dalam memperkasa institusi TVET negara.
Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah berhempas pulas ke suku akhir
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan keempat dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, bagi penentuan ke separuh akhir hari ini.
Syarikat China harus pertimbang Malaysia sebagai hab serantau, tubuh ibu pejabat
Syarikat China harus mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi yang ideal untuk menubuhkan ibu pejabat serantau, yang seterusnya berkembang di peringkat antarabangsa melalui Malaysia.
China bersedia jadi rakan kongsi dan sahabat kepada AS - Xi Jinping
China sentiasa mengendalikan hubungan Beijing-Washington berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai dan bekerjasama untuk mencapai manfaat bersama, kata Presiden Xi Jinping.
Kelayakan Piala Dunia 2026: China buat Indonesia berputih mata
Kedua-dua pasukan turun dalam aksi malam tadi mencari kemenangan bagi membuka peluang mereka untuk membawa cabaran ke peringkat seterusnya.
Bukan 'budak kelas depan', TVET buka peluang 14 pelajar sambung pengajian di China
Seramai 14 pelajar dalam bidang TVET berlepas ke China untuk melanjutkan pengajian kemahiran tinggi di Tangshan Polytechnic University selama setahun.
China, EU masih belum capai penyelesaian yang boleh diterima bersama mengenai kes EV
Ia meskipun kemajuan penting telah dicapai dalam beberapa bidang, kata Kementerian Perdagangan China.
Lima syarikat China berminat labur di Taman Perindustrian TBB, Gerbang Nusajaya
Lima syarikat terkemuka itu mempunyai kepakaran dalam bidang berteknologi tinggi termasuk kejuruteraan dan sumber tenaga.
Kesepakatan Sidang Kemuncak Trilateral China, Jepun dan Korea Selatan sokong pertumbuhan syarikat pemula ASEAN - Anwar
Malaysia mengalu-alukan kesepakatan dicapai Sidang Kemuncak Trilateral kesembilan antara China, Jepun dan Korea Selatan.
'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.
China zahir kebimbangan terhadap dasar sekatan AS
Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbualan menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Gina Raimondo pada Selasa.
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.