Tidak perlu menunggu sehingga berlaku kematian tragik baru mahu melaksanakan larangan penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mohd Khairi Yakub, berkata kerajaan negeri tidak sewenang-wenangnya melakukan larangan itu kerana sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara anggota termasuk Malaysia untuk menghentikan penjualan dan penggunaan vape.
Menurutnya, WHO membuat saranan itu dibuat rentetan daripada laporan 3,000 kes keracunan yang dicatat berhubung vape yang mengandungi nikotin di Amerika Syarikat sejak tahun 2003.
"Mereka mempunyai alasan untuk kita percaya bahawa vape itu berbahaya. Sebab itu mereka keluarkan saranan tersebut.
"Kita sebagai anggota WHO perlu mengikutinya dan berdasarkan undang-undang, adalah logik untuk kita melindungi rakyat kita," katanya dalam sidang media di sini, pada Isnin.
Sidang media itu diadakan bagi mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang mahu penjualan produk vape di Johor dihentikan dan semua premis berkenaan ditutup berkuat kuasa 1 Januari depan.
Dilapor setakat ini Argentina, Brazil, Singapura, Brunei, Oman, Qatar dan Thailand adalah antara 14 negara yang mengharamkan sepenuhnya penjualan dan pengimportan peranti vape.
Negara seperti Australia, Belgium, Kanada, Finland dan New Zealand pula melarang sama sekali peranti elektronik yang mengandungi nikotin.
Dr Mohd Khairi berkata orang ramai perlu menerima keputusan Sultan Johor dengan mengambil kira vape boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk pembekuan darah dalam otak, menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan, sawan, kegagalan sistem pernafasan, iritasi terhadap mata, tekak dan asma.
Bernama
Mon Nov 30 2015

Sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara anggota termasuk Malaysia untuk menghentikan penjualan dan penggunaan vape. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.

TikTok didaftar di Nepal
Aplikasi video pendek popular TikTok didaftarkan di Nepal, dua bulan selepas kerajaan menarik balik larangan berbulan-bulan terhadap aplikasi itu, kata seorang pegawai kerajaan pada Rabu.

Pelajar Korea Selatan dilarang dengar lagu APT Bruno Mars, Rose Blackpink
Hanya dalam tempoh satu minggu dipasarkan, video klip lagu APT telah ditonton lebih 187 juta kali di YouTube.

Rusia larang penerbangan malam ke Israel selama seminggu
Sebab larangan ini tidak diberikan, walaupun ada kaitan yang jelas dengan serangan udara yang ditakuti oleh Iran ke atas Israel.

P.Pinang larang aktiviti berkuda di pesisir pantai Batu Ferringhi
Kerajaan Pulau Pinang memutuskan melarang sebarang perkhidmatan aktiviti berkuda ditawarkan di sepanjang pesisir pantai Batu Ferringhi, bermula 1 Sept ini.

Olimpik Paris 2024: Rusia kritik larangan atlet berhijab dalam upacara pembukaan
Larangan yang dikenakan terhadap pelari pecut Perancis, Sounkamba Sylla disifatkan sebagai tindakan pengasingan yang ketara.

Kemboja nasihatkan orang ramai tidak makan ikan buntal selepas 7 orang jatuh sakit
Kesemua mereka mengalami gejala yang teruk selepas memakan ikan buntal dan memerlukan rawatan kecemasan.

PM Pakistan larang penggunaan karpet merah dalam acara rasmi
Larangan penggunaan permaidani merah dalam acara rasmi merupakan satu langkah kecil ke arah mengurangkan perbelanjaan di peringkat kerajaan.

Pelancong diminta jauhi Shibuya, Jepun semasa sambutan Halloween
Tragedi rempuhan seperti yang membunuh kira-kira 160 orang semasa Halloween tahun lalu di Itaewon, Seoul dikhuatiri boleh berlaku di Shibuya.

Iraq tarik balik larangan akses kepada Telegram
Larangan itu ditarik balik atas arahan Perdana Menteri Mohammad Shiya al-Sudani.