Kerajaan berpegang kepada janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 dan komited untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau bagaimanapun berkata tumpuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar melaksanakan janji-janji berkenaan sahaja malah usaha turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.
"Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, usaha ini dibuat antaranya menerusi tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa balik wang milik kerajaan yang hilang, menyusun semula jabatan dan seumpanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata jabatan dan agensi kerajaan juga sedang meneliti mekanisme pelaksanaan janji-janji itu supaya ia dapat dilaksanakan secara teratur dan mengikut undang-undang.
Merujuk kepada 10 janji 100 Hari yang dibuat PH menjelang PRU14, Dr Mahathir berkata usaha melaksanakannya telah dibuat tetapi hasilnya tidak semua boleh dicapai dalam 100 hari bagi memastikan janji-janji itu dapat dilaksana dengan teratur dan mengikut undang-undang.
Katanya, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.
"Kerajaan komited untuk realisasikan kesemua janji itu atas dasar accountability kami kepada rakyat," tegas Dr Mahathir.
Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah.
Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata beliau.
Menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berhubung langkah pemantauan untuk melaksanakan janji-janji itu, perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan berbuat demikian.
"Kita tidak akan biar sesuatu itu tidak dipantau kerana tugas-tugas lain kerana kita memang berpegang pada janji-janji kita dalam manifesto," katanya.
Dr Mahathir berkata, ini termasuk menunaikan janji pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.
"Kami berjanji untuk memberi royalti seperti yang dijanjikan dahulu, tidak akan ada penyelewengan dalam usaha ini.
"Tapi kami berharap bahawa royalti ini diguna untuk kebaikan negeri-negeri berkenaan dan tidak disalah guna untuk memperkuatkan parti dan lain-lain," katanya bagi menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).
Dr Mahathir mengulangi kenyataannya bahawa manifesto pilihan raya umun PH bukan buku suci, mahupun satu dokumen yang terlalu mengikat kerajaan dalam pelaksanaan janji-janjinya
"Saya tak sedar ahli Yang Berhormat (Rembau) anggap manifesto itu buku suci. Tetapi kalau pun dia anggap demikian, kami di sebelah ini anggapnya sebagai manifesto, tidaklah mengikat kita sampai tidak boleh bergerak.
"Kami tak anggap manifesto sebagai Quran atau Bible. Jadi bila kita sampai kepada rintangan, kita perlu cari jalan untuk mengatasinya," katanya demikian bagi menangkis kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata apabila kerajaan cuba melaksanakan manifesto itu, terdapat rintangan termasuk undang-undang lama yang mengekang pelaksanaannya.
BERNAMA
Bernama
Thu Jul 19 2018
Dr Mahathir berkata, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Tangani isu sekolah padat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 10 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Februari 2025
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana Menteri
Ikuti langsung perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.
Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas
Pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan dalam talian.
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Rebut peluang tingkat kelayakan akademik melalui APEL
Inisiatif yang disediakan MQA itu memberikan pilihan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kelayakan akademik individu.
Berlalu sudah 100 hari, apa pula selepas ini? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini
Adakah semua kementerian mencapai KPInya dalam 100 hari yang ditetapkan, dan paling penting adakah rakyat benar-benar menerima manfaatnya?
Kerajaan perlu wujud jawatankuasa khas tangani isu alam sekitar
Kerajaan perlu mewujudkan jawatankuasa khas untuk melihat polisi dan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan dalam menangani isu alam sekitar.
New Zealand rekod 100 hari tanpa jangkitan baharu COVID-19
Ketika ini, negara yang dengan populasi lima juta orang itu sudah menjalani kehidupan seperti biasa.
Mohd Zuki lalui 100 hari pertama di 'luar norma kebiasaan'
Kepentingan fungsi dan peranan beliau sebagai KSN menyerlah semasa Yang di-Pertuan Agong berkenan merungkai kemelut kepimpinan negara.
Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rakyat berhak menuntut janji tersebut selepas mereka memberi mandat kepada PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.
PRK Balakong: Isu hapuskan tol tanya saya - Guan Eng
MCA tidak sepatutnya bertanyakan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki ketika berkempen kerana beliau bukan menteri.
Perlu ada 'win-win' sebelum tol dikurangkan - Mohd Anuar
Usaha menghapuskan tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanakan secara berperingkat.
Sabah telah bertemu Petronas isu royalti minyak
Kerajaan Negeri Sabah sudah mengadakan pertemuan dengan Petronas bagi membincangkan usaha merealisasikan tuntutan 20 peratus royalti minyak, baru-baru ini.
Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan - Jamal Yunos
Jamal menyatakan sokongan supaya kerajaan PH di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk menunaikan manifesto.