Dewan Rakyat kembali bersidang Isnin ini dengan sebahagian menteri Kabinet bakal berdepan cabaran pertama mereka tahun ini di 'gelanggang' perundangan negara.
Ini selepas Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 pada 18 Mei lalu hanya berlangsung sehari dengan titah ucapan pembukaan dewan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ia disebabkan penularan wabak COVID-19 dalam negara yang menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijangka 'panas' dengan usul untuk Yang Dipertua dewan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya, Nga Kor Ming mengosongkan jawatan atas alasan terdapat pencalonan lain bagi kedua-dua jawatan itu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengusulkan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Azhar meletak jawatan sebagai pengerusi SPR berkuat kuasa 29 Jun lepas.
Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan penukaran tersebut.
Selain itu, tempat duduk Ahli Parlimen juga menjadi antara tumpuan ramai pada persidangan kali ini selepas kerajaan baharu Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk pemerintahan bagi melihat bilangan Ahli Parlimen mewakili kerajaan, pembangkang dan blok bebas.
Ini ditambah dengan perkembangan terbaru apabila bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lima Ahli Parlimen mengumumkan untuk membentuk blok Bebas dengan Parti Warisan Sabah, tanpa bergabung dengan gabungan parti politik lain, sama ada PN atau Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada maklumat rasmi berkenaan tempat duduk mereka, termasuk di laman rasmi Parlimen, kecuali maklumat yang menyatakan bahawa kedudukan setiap Ahli Parlimen akan dijarakkan satu meter antara satu sama lain mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Mengikut takwim persidangan, sidang Dewan Rakyat yang berlangsung selama 25 hari akan memberi tumpuan kepada usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja serta jawapan oleh menteri terlibat selama empat minggu.
Usul menjunjung kasih dan perbahasan titah diraja itu kebiasaanya berlangsung ketika mesyuarat pertama.
Minggu kelima hingga ketujuh majlis mesyuarat kedua ini pula akan menyaksikan pembentangan dan perbahasan rang undang-undang.
Antara rang undang-undang yang dijangka dibawa ke Parlimen ialah Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan COVID-19 yang bertujuan meminimumkan impak penularan wabak itu kepada ekonomi dan sosial rakyat serta industri.
Pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 melibatkan individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol juga dijangka dibentangkan di Parlimen, susulan peningkatan kes kemalangan maut pengguna jalan raya melibatkan pemandu mabuk.
Dua RUU penting berkaitan dengan kewangan dijangka turut dibawa dalam persidangan kali ini iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 dan 2020.
Selain itu, usul perisytiharan pelantikan ketua pembangkang, pelantikan jawatankuasa pilihan serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga merupakan antara yang bakal dibincangkan.
Kerajaan PN sebelum ini telah memutuskan polisi melantik ahli Parlimen pembangkang sebagai Pengerusi PAC dikekalkan, manakala naib pengerusi akan dilantik dalam kalangan anggota penyokong kerajaan.
Sidang dewan kedua kerajaan PN ini akan berlangsung dalam normal baharu dengan pematuhan (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19.
Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan PKP sebelum ini memutuskan SOP iaitu pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter antara tempat duduk ahli Parlimen semasa berlangsung persidangan.
Hanya ahli Parlimen dan pegawai dibenar masuk ke dewan persidangan manakala petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di bangunan Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020
Sidang dewan kedua kerajaan PN ini akan berlangsung dalam normal baharu dengan pematuhan (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19. - Gambar fail/Astro AWANI
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 15 hari bersidang
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 15 hari bermula 24 Jun lepas, menyaksikan 27 rang undang-undang diluluskan.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
DUN Kelantan bersidang secara fizikal 23 hingga 25 Ogos - Speaker
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan diadakan secara bersemuka bermula 23 hingga 25 Ogos depan, kata Speakernya Datuk Abdullah Ya'kub.
80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi
Cadangan itu dijangka dapat diputuskan minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.
DUN tidak perlu tunggu Dewan Rakyat untuk bersidang - Pakar Perlembagaan
Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 mengenai perjalanan DUN, tidak perlu dibaca bersama Seksyen 14 tentang Parlimen
UMNO terus desak Parlimen dibuka semula
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada Kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.
Tidak wajar potong gaji MP, Senator meskipun Parlimen tidak bersidang - Rais
Gaji dan elaun Ahli Parlimen dan Senator perlu dibayar walaupun Parlimen tidak bersidang kerana tanggungjawab mereka di luar dewan berjalan seperti biasa.
Jika tidak bersidang, Ahli Parlimen hanya luah masalah di media sosial - Noor Hariri
Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkata, kerajaan tidak perlu takut untuk mengadakan sidang Parlimen pada waktu terdekat.
Dewan Rakyat hari ini bersidang hingga 3 petang
Persidangan Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan satu jam sehingga 3 petang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Parlimen Lubnan mula bersidang buat pertama kali selepas tragedi letupan
Para penggubal undang-undang mengadakan sidang tersebut di UNESCO Palace dan bukan di bangunan Parlimen seperti biasa bagi tujuan penjarakan sosial.