Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga anggota pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), susulan dakwaan bahawa RM300 juta milik tabung itu disalahgunakan.
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa berkenaan bagi memutuskan sama ada menerima peletakan jawatan secara sukarela tiga anggota pengarah itu atau sebaliknya.
"Saya akan mengadakan mesyuarat dan juga membentuk sebuah jawatankuasa seperti dijanjikan semasa sesi town hall untuk meneliti perkara itu. Kita akan umumkan hasilnya pada akhir minggu depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Persatuan Media Tamil Malaysia (MTMA) di dewan Gereja St. Joseph di sini hari ini.
Pada sidang media sebelum ini, Kula Segaran mendedahkan bahawa tiga yang melepaskan jawatan adalah pengarah dan juga mereka terlibat dalam projek latihan.
HRDF adalah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (HRM) yang menguruskan dana latihan bagi pembangunan sumber manusia.
Ketika ditanya mengenai kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif HRDF Datuk CM Vignaesvaran Jeyandran, Kula Segaran berkata ia akan diputuskan oleh jawatankuasa sama yang bakal dibentuk itu, dan akan diumumkan pada hujung minggu depan.
"Saya tidak mahu buat penilaian awal terhadap isu ini," katanya ketika diminta mengulas lanjut mengenai dakwaan berlakunya penyelewengan dana RM300 juta itu.
Sementara itu, pada majlis sehari tersebut hari ini, lebih 600 anggota keluarga dan ahli persatuan berkenaan menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Turut hadir Pengerusi MTMA S.V. Muthamil Mannan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018

Pada sidang media sebelum ini, Kula Segaran mendedahkan bahawa tiga yang melepaskan jawatan adalah pengarah dan juga mereka terlibat dalam projek latihan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jawatankuasa dibentuk teliti peletakan jawatan anggota pengarah HRDF
Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga anggota pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).