Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada barisan pakar bukan kerajaan bagi menambah baik kurikulum bermula dari peringkat tadika sehingga universiti.
"Sebuah jawatankuasa yang meliputi pakar-pakar bukan kerajaan akan diwujudkan untuk menambah baik kurikulum pendidikan di peringkat tadika sehingga universiti.
"Ini termasuk mengambil kira kurikulum dari negara-negara luar dan turut meliputi aspek-aspek tertentu seperti kesedaran sivik dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Perdana Putra hari ini.