Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diminta menumpukan kepada perkara lain selain meneruskan tindakan terhadap pengurus kedai milik Berjaya Books, Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa atas kesalahan menyebar dan mengedar buku kontroversi karya Irshad Manji.
Pengamal undang-undang Syahredzan Johan berkata, banyak lagi perkara lebih penting yang boleh dibuat Jawi daripada meneruskan tindakan ke atas seorang wanita Muslim yang tidak bersalah.
"Cukuplah. Banyak lagi perkara yang lebih penting yang Jawi boleh buat. Apa yang Jawi cuba buktikan sebenarnya?
"Semuanya atas dasar apa? Serbuan Jawi ke kedai buku Borders pada tahun 2012 dibuat sebelum Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku Irshad Manji. Nik Raina pula hanya didakwa kerana beliau ialah seorang Muslim dan Jawi tidak punya bidang kuasa untuk mendakwa Borders sendiri.
"Nik Raina dijadikan mangsa hanya kerana beliau seorang Muslim yang berkerja dengan Borders," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Syahredzan mengulas tindakan Jawi yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang telah melepaskan Nik Raina.
Nik Raina ditahan pada 30 Mei 2012 dan didakwa di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana ‘menyebar dan mengedar’ dengan kaedah menjual buku berjudul "Allah, Liberty and Love" (Allah, Kebebasan dan Cinta) yang kandungannya bertentangan dengan undang-undang Islam.
Dia didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada 19 Jun 2012, dan pada 22 Mac tahun lalu Mahkamah Tinggi membuka peluang perbicaraan semula kepada Berjaya Books.
Bagaimanapun, pada 30 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan bahawa serbuan dan rampasan buku Irshad Manji oleh Jawi di kedai buku Borders tidak sah di sisi undang-undang kerana dibuat tanpa sebarang pengumuman larangan atau pengharaman oleh pihak kementerian.
"Saya tidak setuju dgn keputusan Jawi yang telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah untuk melepaskan Nik Raina daripada tuduhannya.
"Mahkamah Rayuan Malaysia telah memutuskan bahawa tindakan Jawi dalam mendakwa Nik Raina adalah tidak sah. Melainkan sekiranya keputusan ini ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, Jawi adalah terikat dengan keputusan Mahkanah Rayuan dan tidak wajar menuruskan pendakwaan terhadap Nik Raina.
"Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah adalah tepat dan Jawi wajar menerima keputusan dengan terbuka," jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi pengamal perundangan, Ahmad Fadzly Abdul Gani berkata, walaupun bersetuju dengan kenyataan Syahredzan, namun Jawi masih di dalam undang undang berhak untuk memfailkan rayuan.
"Seperti mana-mana pihak lain yang ke mahkamah, jika tak puas hati dengan keputusan mahkamah, mereka berhak membuat rayuan.
"Lebih baik jika mahkamah yang tentukan rayuan tersebut atas dasar merit. Jika rayuan tersebut ditolak maka responden mempunyai kuasa tindakan di mahkamah sivil terhadap Jawi untuk antara lain pendakwaan yang berniat jahat (malicious)," katanya.
Wan Syamsul Amly
Mon Mar 16 2015

SYAHREDZAN: Jawi, pergi buat kerja lain selain kacau Nik Raina - Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kes Nik Raina dan Jawi diteruskan ke Mahkamah Persekutuan
Pada Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Jawi telah bertindak di luar bidang kuasanya apabila mendakwa Nik Raina.

Jawi, pergi buat kerja lain selain kacau Nik Raina - Syahredzan
Jawi diminta menumpukan kepada perkara lain selain meneruskan tindakan terhadap Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa atas kesalahan menyebar dan mengedar buku kontroversi karya Irshad Manji.

Jawi perlu tahu beza kuasa pengurus dan Lembaga Pengarah Borders - Ibdil
Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Jawi membezakan tahap jawatan serta kuasa yang ada pada pengurus kedai buku, Nik Raina Abdul Aziz dengan Lembaga Pengarah Borders sendiri.

Nik Raina dilepas tanpa dibebaskan dalam kes sebar buku Irshad Manji
Mahkamah melepaskan tanpa membebaskan pengurus kedai Berjaya Books, Nik Raina Nik Abdul Aziz yang didakwa atas kesalahan menyebar dan mengedar buku kontroversi karya Irshad Manji.

Tak boleh tidur? Baca lah buku terbaru saya - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan buku terbarunya, 'The Wit & Wisdom of Dr Mahathir Mohamad' yang diterbitkan oleh Editions Didier Millet (EDM).