Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merekodkan lebih 500 kes pernikahan tanpa kebenaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sejak Oktober 2017 sehingga 5 Okt lepas.
Menurut Penolong Pengarah Kanan JAWI Muhammad Abdul Nasir Abdullah, kebanyakan kes melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 40 tahun yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.
"Mereka melalui proses pernikahan yang menyalahi prosedur undang-undang syariah, dengan kebanyakan bernikah di Thailand, dan ada juga di Indonesia, tetapi bukan melalui pihak yang disahkan kerajaan negara berkenaan," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.
Beliau ditemui selepas Simposium Keluarga Bahagia "Cinta Hakiki" yang dirasmikan Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI Yusof Mamat. Simposium sehari itu disertai 600 peserta yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
"Kalau ikut perundangan syariah negara kita, urusan pernikahan perlu melalui prosedur 4P (Proses, Pengesahan, Pendaftaran dan Perkahwinan), jadi bagi kes pernikahan tanpa kebenaran, mereka yang terlibat perlu mendaftar semula pernikahan di pejabat agama negeri untuk direkod seterusnya ke Mahkamah Syariah untuk disahkan," katanya.
Menurut Muhammad Abdul Nasir, pernikahan tanpa kebenaran adalah tidak sah menurut undang-undang kerana tidak didaftarkan di Mahkamah Syariah dan perkara ini perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara ini.
"Masalah yang timbul daripada pernikahan tanpa kebenaran ialah apabila ia melibatkan urusan perceraian atau tuntutan nafkah anak.
"Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk selesaikannya kerana pernikahan itu tidak didaftarkan, tetapi jangan risau kerana mereka yang terlibat masih boleh mendapatkan bantuan pejabat agama Islam negeri masing-masing," katanya.
Sementara itu, Yusof berkata, simposium ini adalah untuk menyalurkan maklumat dan membuka mata peserta mengenai isu-isu kekeluargaan berpandukan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) kerana ramai yang kurang jelas kewujudan dan bidang kuasa undang-undang syariah ini.
Tambahnya, orang ramai yang memerlukan konsultasi dan nasihat tentang hal ehwal kekeluargaan Islam, boleh merujuk Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (BPPK JAWI) di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018
Pernikahan tanpa kebenaran adalah tidak sah menurut undang-undang kerana tidak didaftarkan di Mahkamah Syariah dan perkara ini perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara ini. - Gambar hiasan
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah kemanusiaan dan perang di Gaza. Waran tangkap terbaharu yang dikeluarkan ICC itu turut melibatkan Ketua Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Ketengah kejayaan kerajaan, bentang inisiatif kepada rakyat
Program dua tahun kerajaan MADANI dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini bukan sekadar menjadi platform melaporkan kejayaan kerajaan.
Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
Sikap positif PM gambaran keterbukaan terima kritikan
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan perdana menteri dalam menerima kritikan.
Persiapan berjalan sepanjang tahun, gembleng kerjasama komuniti
Paling dititikberatkan ialah penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memastikan setiap perancangan berjalan dengan baik, menerusi mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana melibatkan kerajaan pusat, negeri, tempatan dan agensi bukan kerajaan (NGO).
Malaysia-Vietnam sepakat perkasa Grid kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dicapai menerusi pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam pada Khamis.
JAWI rekodkan lebih 500 kes nikah tanpa kebenaran
Menurut Penolong Pengarah Kanan JAWI Muhammad Abdul Nasir Abdullah, kebanyakan kes melibatkan mereka yang berumur antara 25 hingga 40 tahun yang ingin berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama.