Jenazah L/Kpl Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rekang Hilir pada pukul 2.20 pagi ini.
Suasana sayu dan pilu menyelubungi rumah keluarga Allahyarham Muhammad Syakiran ketika kedua-dua jenazah tiba di Kampung Repek Hilir di sini, pada 1 pagi.
Ratusan pegawai dan anggota polis serta penduduk kampung tiba untuk memberi penghormatan terakhir dan solat jenazah untuk kedua-dua mangsa.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Bachok DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah yang turut menunggu ketibaan kedua-dua jenazah yang bertolak dari Kuala Lumpur petang semalam.
Muhammad Syakiran dan Nurul Ashikin maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.59 pagi itu, Muhammad Syakiran yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam, Selangor cedera di perut dan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala isterinya yang cedera di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Allahyarham Nurul Ashikin yang sedang mengandung anak kembar berusia dua bulan, merupakan petugas Jabatan Kerja Raya (JKR).
Mereka meninggalkan seorang anak lelaki, Muhammad Arfan Ziqri yang berusia satu tahun 10 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 29 2019

Ibu arwah Nurul Ashikin, Fauziah Dollah, menyiram air di pusara anak dan menantunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rekang Hilir, Bachok. - Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Jenazah Muhammad Syakiran, Nurul Ashikin selamat dikebumi
Suasana sayu dan pilu menyelubungi rumah keluarga Allahyarham Muhammad Syakiran ketika kedua-dua jenazah tiba di Kampung Repek Hilir di sini, pada 1 pagi.