Jenazah Dr Fadi Mohammed Al Batsh, pensyarah dan imam warga Palestin yang ditembak mati ketika menuju ke surau di Setapak pada Sabtu lepas, akan dibawa pulang ke negara asalnya esok.
Ketua Jabatan Sumber Manusia Universiti Kuala Lumpur - British Malaysian Institute (UniKL BMI) Arafiah Aman berkata jenazah akan dibawa dari Hospital Selayang pada kira-kira 12 tengah hari ke Surau Medan Idaman, Setapak untuk solat jenazah selepas Zohor.
"Jenazah kemudian akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke Kaherah, Mesir pada kira-kira 7 malam," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, jenazah Dr Fadi akan dibawa melalui jalan darat ke Gaza yang bersempadan dengan Mesir.
"Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar H. Al Agha dan beliau juga memberitahu bahawa Kerajaan Mesir sudah memberi 'lampu hijau' tentang pergerakan ini,'' kata Arafiah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Kamarul Zaman Shaharul Anwar, proses mendapat kelulusan bagi membawa jenazah Allahyarham ke Gaza dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi di Mesir.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu lalu, Allahyarham Dr Fadi , 35, ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh.
Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka.
Sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam kes tembak itu telah ditemui tengah hari tadi dekat tasik Danau Kota, Setapak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 24 2018

Jenazah akan dibawa dari Hospital Selayang pada kira-kira 12 tengah hari ke Surau Medan Idaman, Setapak untuk solat jenazah selepas Zohor. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Beberapa petunjuk baharu pembunuhan Dr Fadi dikenal pasti
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM telah mengenal pasti jenis senjata dan beberapa kelongsong peluru yang digunakan oleh dua suspek untuk membunuh mangsa.

Jenazah Dr Fadi selamat tiba di Gaza
Jenazah Dr Fadi Al Batsh selamat tiba di Gaza, Palestin, pada jam 10.40 malam waktu Malaysia.

Polis percaya suspek bunuh Dr Fadi masih dalam negara
Polis telah mengesan suspek yang terlibat dalam pembunuhan Dr Fadi Mohammed Albatsh di Setapak, awal pagi Sabtu.

Jenazah pensyarah Palestin dibawa pulang ke negara asal hari ini - UniKL
Jenazah Dr Fadi Mohammed Al Batsh, pensyarah dan imam warga Palestin yang ditembak mati ketika menuju ke surau di Setapak pada Sabtu lepas, akan dibawa pulang ke negara asalnya hari ini.

KPN sahkan penemuan motosikal suspek kes tembak Dr Fadi
Motosikal itu ditemukan di kawasan berhampiran tasik di Danau Kota oleh orang awam tengah hari ini.

Rakyat Malaysia tidak perlu risau tentang kes tembak Dr Fadi - Nur Jazlan
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohammed berkata rakyat tempatan tidak perlu risau susulan kes Dr Fadi Albatsh yang dipercayai dilakukan oleh ejen perisikan.