Tiga beradik yang maut akibat ditetak oleh seorang lelaki di bawah pengaruh dadah di Bagan Datuk petang Khamis dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, Seberang Perak di sini, malam tadi.
Jenazah ketiga-tiga beradik iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2 tahun, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.10 malam pada Jumaat, sebelum pengebumian selesai kira-kira pukul 10 malam.
Suasana sayu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri lebih 500 ahli keluarga dan penduduk setempat yang datang memberi penghormatan terakhir sebelum mereka disemadikan.
Sebelum itu, jenazah tiga mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira pukul 7.30 petang selepas selesai proses bedah siasat, dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan di hospital berkenaan.
Ketiga-tiga jenazah kemudian dibawa dengan sebuah van jenazah menuju ke Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap.
BACA: Tragik! Tiga beradik maut dikelar
BACA: 'Aku dah tak ada apa-apa lagi' - Bapa mangsa
Dalam kejadian kira-kira 2 petang Khamis, seorang suspek yang dikenali sebagai "Rambo" oleh penduduk setempat dipercayai di bawah pengaruh dadah bersenjatakan parang telah menceroboh rumah dan melibas ketiga-tiga beradik malang itu hingga mengakibatkan kematian.
Ibu mangsa Zuraidah Md Ali, 35, yang turut berada di rumah itu turut cedera parah setelah ditetak di bahagian ibu jari tangan kiri, muka dan kedua-dua belah peha dan kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.
Selepas kejadian pertama itu, suspek berumur 35 tahun itu telah menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad, berdekatan rumah mangsa, dan menyerang tiga lagi mangsa hingga mendatangkan kecederaan.
Tiga mangsa berkenaan ialah kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru agama Redhuan Embi, 32, yang kebetulan melalui kawasan itu ketika kejadian. -- Bernama
Bernama
Fri May 18 2018

Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5 dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap, Seberang Perak malam tadi. - fotoBERNAMA

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jenazah tiga beradik maut ditetak disemadi dalam satu liang lahad
Tiga beradik yang maut akibat ditetak seorang lelaki di Bagan Datuk petang Khamis, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ulu Dedap malam tadi.