Jentera penerangan UMNO bertanggungjawab menggerakkan gelombang jihad kebenaran bagi memerangi sentimen politik kebencian yang disebarkan pihak tertentu terhadap parti itu.
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata ketua penerangan di setiap cawangan, bahagian mahupun negeri perlu berada pada saf hadapan untuk menegakkan kebenaran dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
"Kita perlu wujudkan gelombang ini secara gerakan besar-besaran bagi memerangi politik fitnah, kebencian dan berpecah-belah yang cuba dilancarkan pihak musuh.
"Saya mahu jentera penerangan menzahirkan satu semangat juang parti yang tinggi. Istilah jihad ini saya gunakan kerana ia satu pekerjaan murni untuk menentang fitnah, kepalsuan dan politik kebencian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Konvensyen Penerangan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Annuar berkata melalui konvensyen yang pertama kali diadakan itu, pihaknya akan membincangkan strategi yang akan dibentuk oleh setiap anggota penerangan dalam menjelaskan kebenaran kepada rakyat.
Bagi menghubungkan jentera penerangan dengan kepimpinan parti, Annuar berkata satu aplikasi mudah alih dikenali sebagai 'Malaysia4All' telah dilancarkan pada Oktober lepas untuk menangkis segala fitnah terhadap kerajaan.
Aplikasi yang kini dimuat turun lebih 20,000 kali itu dibuka kepada semua anggota UMNO untuk digunakan sebagai platform menyebarkan maklumat yang boleh dipercayai kepada orang ramai melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Satu hari empat kali saya akan berhubung dengan jentera penerangan lain melalui aplikasi ini untuk memanjangkan berita mengenai parti kita sekali gus viralkan kebenaran.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Perhimpunan Agung UMNO 2016
"Kita juga berazam untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan terutamanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi memperhebatkan lagi gerakan untuk menyampaikan maklumat benar ini," katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata siri jelajah ke universiti dan institusi pendidikan di seluruh negara akan diadakan bermula 18 Dis ini untuk memberi penerangan dan mendengar sentuhan hati, aspirasi serta ketidakpuasan hati golongan muda melalui komunikasi dua hala. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2016
Annuar berkata melalui konvensyen yang pertama kali diadakan itu, pihaknya akan membincangkan strategi yang akan dibentuk oleh setiap anggota penerangan dalam menjelaskan kebenaran kepada rakyat. - Gambar fail
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 November 2024
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
1️⃣ Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah
2️⃣ Kemuncak MTL hujung Nov, taburan hujan tinggi
3️⃣ Lokasi sambutan ditukar ke KLCC
#awaniringkas
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Dialog Poket Rakyat: Perbelanjaan Kehidupan Wajar vs Kehidupan Sebenar
Sejauh mana petunjuk sosioekonomi perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) menggambarkan keperluan dan kehendak berbelanja sesebuah isi rumah? Bagaimanakah PAKW membantu pengguna menyusun kewangan untuk kehidupan selesa? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Pentas akhir, siapakah bakal dinobat juara malam ini?
Selepas tujuh minggu bersaing, siapa bakal muncul juara di pentas akhir The Chosen One 2024? Amzar Alif ada perinciannya.
Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran Road2Growth 2024 Wilayah Tengah (R2G 2024 Central) menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.