Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menyarankan agar Kerajaan pusat menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) bagi penutupan sekolah berkaitan masalah jerebu.
Berikutan itu, kata beliau, adalah wajar guru besar atau pengetua sekolah diberi kuasa menutup sekolah sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 160 berbanding 200 pada masa ini sebagai langkah keselamatan kesihatan kepada pelajar.
"Sekarang Majlis Kebangsaan berkenaan (menetapkan) masalah jerebu hanya apabila IPU cecah 300, sekolah wajib ditutup dan kalau 200, ia terpulang kepada budi bicara guru besar ataupun pengetua untuk berbuat demikian.
"Tetapi sekarang keadaan jerebu sudahpun jejaskan kesihatan pelajar dan harap kerajaan dapat memberi kuasa menutup sekolah sekiranya IPU mencapai 160 demi keselamatan pelajar," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Pakar DEMC di sini hari ini.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata sekolah perlu ditutup apabila bacaan IPU di sesebuah kawasan melebihi 200 dan perlu memberhentikan aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 150.
Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar sehingga 11 pagi, Banting adalah antara kawasan di Selangor yang mencatatkan IPU paling tinggi iaitu 175, diikuti Pelabuhan Klang (165), Shah Alam (147), Kuala Selangor (146) dan Petaling Jaya (143).
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi untuk menempah penutup muka bagi diedarkan secara percuma kepada rakyat di beberapa lokasi tumpuan awam di Selangor.
Mengenai majlis hari ini, beliau berkata pihaknya menyokong usaha Hospital Pakar DEMC yang sedang membangunkan sebuah hospital pakar wanita dan kanak-kanak yang diberi nama "DEMC Women's and Children's Hospital" di Shah Alam bagi memenuhi permintaan dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi serta Pediatrik.
"DEMC juga perlu mempromosikan produk di peringkat global dan rantau ini untuk menjayakan pelancongan perubatan memandangkan ramai pelancong datang ke negara ini bagi rawatan kesihatan," katanya.
Hospital moden bernilai RM220 juta yang bakal mempunyai 19 tingkat itu dibina atas kawasan seluas 0.8 hektar (dua ekar) dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2018.
Ia bakal dilengkapi 150 bilik pesakit, tiga bilik bedah, lapan bilik bersalin, empat bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat bilik Unit Rawatan Intensif Neonate (NICU).
Hospital itu bakal memberi peluang pekerjaan kepada 800 anggota profesional.
GALERI FOTO: Jerebu di Malaysia
Bernama
Mon Sep 14 2015

MOHAMED AZMIN: sekarang keadaan jerebu sudahpun jejaskan kesihatan pelajar dan harap kerajaan dapat memberi kuasa menutup sekolah sekiranya IPU mencapai 160 demi keselamatan pelajar. -Gambar fail

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.

PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.

PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.

Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.

Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.

Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.

Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.