Fenomena jerebu kali ini dijangka tidak seteruk tahun 2015, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menurut beliau, kebarangkalian itu mengambil kira taburan hujan di Sumatera dan tindakan proaktif pihak Indonesia dalam menangani jerebu kali ini.
"Antara lain, beberapa faktor juga dilihat seperti berakhirnya fenomena El Nino dan tiada laporan berlakunya taufan di Laut China Selatan setakat ini, sedikit sebanyak membantu mengurangkan jerebu.
"Dalam masa yang sama, kita lihat ada tindakan segera pihak berkuasa Indonesia ke atas masalah ini serta kajian ke atas beberapa cadangan dalam perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP).
"Dengan keadaan sedemikian, kita membuat rumusan, kebarangkalian jerebu kali ini tidak seteruk tahun 2015," katanya.
Mengulas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang ketika ini berada pada tahap tidak sihat di Pasir Gudang (104), kata beliau, bacaan tersebut tinggi kerana bercampur dengan bacaan ozon.
Dalam pada itu, beliau berkata, kabinet akan berbincang untuk membawa dua paparan bacaan IPU kepada orang awam, iaitu bacaan IPU dalam masa 24 jam dan bacaan IPU dalam masa sebenar (real time).
"Kita dalam perancangan memperkenalkan dua bacaan ini tetapi perbincangan dengan jemaah menteri akan dilakukan terlebih dahulu, dan pengumuman mengenainya akan saya maklumkan sekitar awal bulan hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Dan Cuaca Kering Kebangsaan Bilangan 2 pada Isnin.
Azyyati Ahmad
Mon Aug 29 2016

Kebarangkalian itu mengambil kira taburan hujan di Sumatera dan tindakan proaktif pihak Indonesia dalam menangani jerebu kali ini. - Foto Astro AWANI
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Jerebu dijangka tidak seteruk tahun 2015 - Wan Junaidi
Fenomena jerebu kali ini dijangka tidak seteruk tahun 2015, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tujuh empangan di Semenanjung di bawah paras 50 peratus - Wan Junaidi
Ada di antara empangan tersebut mempunyai simpanan yang hanya boleh bertahan selama sebulan tanpa hujan.

'Pemuda UMNO mahu tempoh moratorium bauksit dilanjut' - KJ
Tempoh moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari di kawasan pelombongan bauksit wajar diteruskan sehingga penyiasatan isu itu selesai.

Bauksit: Jangan ganggu siasatan SPRM - MB Pahang
Kebijaksanaan SPRM dalam siasatan itu tidak wajar dipertikaikan dan kerajaan negeri juga tidak mencampuri urusan siasatan berkenaan, kerana mahu penyiasatan yang telus.

Hentikan perlombongan bauksit di Kuantan satu langkah tepat
Keputusan kabinet menghentikan sementara aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang adalah tepat dalam konteks mencari penyelesaian terhadap isu pencemaran alam yang semakin kritikal.

Kerajaan negeri akan keluar kenyataan tentang isu bauksit - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang akan mengeluarkan kenyataan bersama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung arahan Kabinet hentikan sementara perlombongan bauksit.

Malaysia gesa Indonesia tidak kompromi terhadap syarikat lakukan pembakaran hutan
Pendirian kerajaan Malaysia adalah jelas iaitu tidak akan menyebelahi mana-mana syarikat pelaburan dari negaranya yang melakukan kesalahan dan tidak mematuhi undang-undang di negara lain.

Jerebu: M'sia bakal cadang telaga bawah tanah kepada Indonesia
Malaysia akan memperkenalkan penggunaan teknologi telaga bawah tanah di kawasan tanah gambut kepada kerajaan Indonesia bagi mengatasi masalah pencemaran jerebu di rantau ini.