Rakyat Malaysia belum lagi bebas daripada fenomena El Nino, kini mereka terpaksa berhadapan dengan isu jerebu pula.

Jerebu kembali melanda negara apabila beberapa kawasan termasuk Lembah Klang, Miri dan Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencerama Udara (IPU) yang tidak sihat.

Tetapi kali ini, ia bukan kerana negara jiran kita.


Kebakaran hutan di Malaysia

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaid Tuanku Jaafar berkata, keadaan jerebu yang melanda Lembah Klang sejak Rabu berpunca daripada asap kebakaran di beberapa kawasan di Semenanjung.

Antara kawasan yang dimaksudkan ialah hutan tanah gambut di Kuala Langat, Sepang, Selangor dan Pahang.

Tambah beliau, situasi menjadi lebih buruk dengan cuaca panas dan kering ekoran El Nino, sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara.

Manakala, jerebu di Miri pula adalah disebabkan pembakaran hutan di Bekenu dan Marudi, Sarawak.

Namun, jerebu masih belum merentasi sempadan memandangkan negara kini mengalami musim peralihan angin monsun dan dijangka berterusan sehingga pertengahan bulan depan.


Jangan melakukan pembakaran terbuka

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut menegaskan semua pihak untuk tidak melakukan pembakaran terbuka.

Difahamkan, sesiapa yang didapati melakukan pembakaran terbuka boleh ditahan mengikut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM500,000 atau kedua-duanya.


Apa kata netizen?

Di media sosial pula, rata-rata netizen berkongsi rakaman gambar situasi jerebu di kawasan masing-masing.

Mereka juga menasihati orang ramai untuk mengelakkan aktiviti di luar rumah kerana keadaan jerebu semakin membimbangkan.









Datuk Seri Najib Tun Razak turut menasihatkan orang ramai berjaga-jaga.

"Saya lihat jerebu telah kembali di beberapa kawasan. Saya harap semua berjaga-jaga, terutama yang bekerja atau selalu berada di luar. Pakai topeng muka dan sebagainya.

"Kegiatan fizikal di luar juga terutama untuk warga emas dan anak-anak, wajar dikurangkan sekiranya kawasan sekitar mengalami jerebu teruk," kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitter semalam.



Tindakan semasa jerebu

Susulan keadaan jerebu yang kembali melanda beberapa kawasan pada masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan beberapa panduan kesihatan untuk rakyat.

1. Kurangkan aktiviti di luar

2. Pakai penutup muka yang sesuai seperti P100 danN95 jika keluar rumah

3. Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan penceraman dalaman seperti asap rokok.

4. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).

5. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih mode kitaran udaran dalaman.