Kementerian Pendidikan menafikan penyebaran berita palsu yang kononnya pihaknya mengeluarkan kenyataan media penutupan sekolah di beberapa negeri esok, berikutan jerebu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kenyataan media disebarkan menerusi Facebook menggunakan logo Kementerian Pendidikan itu adalah palsu.

Mengikut kenyataan media palsu berkenaan, semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak ditutup esok.

jerebu

Ini kononnya berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 101 hingga 200 tidak sihat dan IPU 201 hingga 300 sangat tidak sihat.