Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan melakukan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca pencemaran air yang berlaku di Sungai Rui, Gerik.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata JMG telah mewujudkan 'task force' untuk mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian dan pengawalan terhadap isu pencemaran air di sungai berkenaan dengan melakukan persampelan air secara berkala di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.
Katanya pihak JMG akan menyediakan data-data lokasi dan pemetaan terhadap maklumat lombong, pembalakan, pertanian, industri, Loji Rawatan Air (LRA) Lembaga Air Perak dan telaga air JMG di Hulu Perak.
"Keputusan akan diketahui sekurang-kurangnya seminggu selepas selesai kajian dilakukan dan kita tidak mahu menuding kepada satu pihak sahaja tanpa mengenal pasti secara terperinci punca pencemaran itu berlaku," katanya.
Xavier bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke ladang Eucalyptus yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Akhirrudin Mahmud serta beberapa duta asing di Bukit Sapi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Xavier berkata sungai itu merupakan sumber air mentah kepada LRA Air Ganda dengan membekalkan air kepada 1,000 penduduk kampung tersebut dengan kapasiti 0.68 juta liter sehari.
Beliau berkata secara umumnya, struktur geologi di kawasan Klian Intan, Hulu Perak dikenal pasti sebagai zon permineralan yang kaya dengan pelbagai mineral seperti bijih timah dan pada masa sama wujud mineral sulfida seperti 'arsenopyrite' dan 'pyrite'.
"Sebarang aktiviti kacau ganggu tanah atau batuan seperti pembukaan tanah dan perlombongan dijalankan, kewujudan mineral sulfida ini secara langsung menjadi punca berlakunya fenomena penghasilan larutan asid secara semula jadi sebagai saliran lombong berasid.
"... ia akan menyebabkan proses tindak balas kimia yang akan melarutkan logam oksida yang akhirnya membebaskan elemen logam berat seperti arsenik, besi, plumbum, zink dan nikel ke dalam air dan sekiranya tiada kawalan, ia akan masuk ke dalam sungai yang berhampiran," katanya.
Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata pencemaran sungai itu berlaku kerana dipercayai mengandungi kandungan arsenik hasil pemantauan pihak JMG negeri di sungai berkenaan, baru-baru ini.
Abdul Aziz berkata kualiti air di Sungai Rui telah mengalami tahap kekeruhan atau kelodakan, nilai pH dan kehadiran logam berat di sungai tersebut berpunca daripada aktiviti perlombongan selain aktiviti pertanian, pembalakan dan pembinaan yang berlaku di sekitar kawasan berkenaan.
Mengulas mengenai lawatannya hari ini, Xavier berkata pokok Eucalyptus dilihat berpotensi sebagai satu daripada spesies yang ditanam melalui Program Pembangunan Ladang Hutan.
Beliau berkata ini kerana tempoh pulangan yang singkat antara tujuh hingga lapan tahun menjadikan ia satu peluang yang baik untuk para pelabur yang berminat untuk membangunkan penanaman pokok tersebut yang mampu memberi pulangan yang lumayan.
"Kita akan buat kajian mengenai penanaman pokok Eucalyptus ini yang boleh dijadikan pelbagai produk seterusnya menjadi sumber pendapatan negara pada masa akan datang dan kita tidak hanya bergantung kepada kelapa sawit semata-mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2019
Sungai itu merupakan sumber air mentah kepada LRA Air Ganda dengan membekalkan air kepada 1,000 penduduk kampung tersebut dengan kapasiti 0.68 juta liter sehari. - Astro AWANI
Sampan Kastam Perlis kena curi
Sampan Kastam kena curi akibat tindakan agresif membanteras jenayah di sempadan Malaysia-Thailand.
CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Kebocoran bahan kimia dari pangkalan udara AS di Jepun cetus kebimbangan awam
Sekitar 47,000 liter air yang tercemar dengan bahan PFAS melimpah dari Pangkalan Udara AS Yokota di barat Tokyo semasa hujan lebat pada Ogos.
EU lulus pakej sekatan ke-14 terhadap Rusia
Majlis Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin meluluskan pakej ke-14 langkah sekatan ekonomi dan individu terhadap Rusia.
Pusat Racun Negara USM terima 111 kes keracunan akibat pendedahan rokok elektronik
Sebanyak 111 kes berhubung pendedahan keracunan berkaitan rokok elektronik dan cecairnya telah dirujuk ke pusat panggilan PRN USM sejak 2015 hingga tahun lepas.
Polis Metropolitan London dedah rakaman suspek serangan bahan kimia
Rakaman kamera keselamatan Polis Metropolitan London mendedahkan gambaran suspek dalam kes serangan bahan kimia di sebuah pasaraya di selatan London yang berlaku pada Ahad lalu.
Air hitam mengalir: Kanak-kanak sedang mandi cedera terkena bahan kimia
Seorang kanak-kanak perempuan nyaris cedera parah setelah terkena bahan kimia menerusi paip dalam bilik air di rumahnya di Kepong di sini pada Khamis.
Bahan kimia tidak dilabel didakwa punca letupan di depoh kontena
Angka korban terbaharu termasuk sembilan anggota bomba dan jumlah mengsa cedera kini meningkat kepada hampir 300.
Sungai Aur bertukar biru kesan aktiviti cuci tong kimia
Wakil premis iaitu seorang lelaki berumur lewat 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
Tumpahan bahan kimia: Sungai Rugading di Tuaran dikhuatiri tercemar
Sungai Kampung Rugading, Tuaran dikhuatiri tercemar selepas berlakunya insiden tumpahan bahan kimia.
Gudang simpan bahan kimia di Sungai Bakap terbakar
Kebakaran melibatkan gudang penyimpanan cecair mudah terbakar.
61 pelajar sekolah agama dikejar ke hospital selepas terhidu asid sulfurik
Seramai 61 pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam terpaksa dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan daerah selepas terhidu asid sulfurik yang tumpah.