Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas dengan menyita motosikal 'Dego Ride' yang masih aktif beroperasi.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk Valluvan Veloo berkata pihaknya difahamkan pengusaha motosikal teksi tersebut akan kembali beroperasi meskipun amaran dan saman telah dikeluarkan.
"Saya beri amaran, kali ini kita tak akan saman tapi kita akan sita motosikal mereka (pengusaha).
"Sekarang ini kita kenal pasti lebih 6,000 pengusaha yang berdaftar dan saya difahamkan mereka nak beroperasi kembali... jadi saya beri amaran, anggota JPJ sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan. Kalau dua minggu lepas kita hanya keluarkan saman, tapi kali ini kita akan terus sita motosikal," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Pertolongan Cemas JPJ Siri 2/2017 di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia Hamzah Masri.
BACA: Kerajaan belum ada kata putus haramkan Dego Ride - Nancy Shukri
BACA: Operasi perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride dihentikan sementara
Minggu lalu, Kementerian Pengangkutan mengarahkan perkhidmatan 'Dego Ride' dihentikan serta-merta atas faktor keselamatan dan lesen operasi untuk pengendali perkhidmatan tersebut tidak dikeluarkan buat masa ini.
Valluvan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung operasi tersebut dan keterangan daripada ketua pegawai eksekutif Dego Ride juga telah diambil Selasa lalu.
"CEO Dego Ride dah datang untuk beri keterangan dua hari lepas dan kita akan siasat di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan.
"Setakat ini kita dah keluarkan tiga saman dan kita kenal pasti operasi 'Dego Ride' ini aktif di sekitar Lembah Klang dan mereka mendapatkan pengguna menerusi aplikasi WhatsApp," katanya.
Sementara itu, Hamzah berkata kursus pertolongan cemas tersebut merupakan satu daripada inisiatif untuk memberi nilai tambah kepada anggota JPJ dalam memberikan pertolongan cemas peringkat awal sebelum anggota perubatan tiba di lokasi kejadian.
"Kursus ini dijalankan secara berperingkat sejak akhir tahun lalu yang mana selepas ini kesemua penguat kuasa JPJ akan dilengkapi kemahiran memberi pertolongan cemas ini.
"Kita dapati kursus ini sangat berkesan... mungkin sebelum ini anggota JPJ tidak berani nak beri bantuan awal sekiranya berlaku kemalangan kerana tak dilengkapi dengan kemahiran, tetapi selepas kursus ini diperkenalkan telah ada anggota bertindak memberi pertolongan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2017

VALLUVAN: JPJ beri amaran sita motosikal Dego Ride yang masih beroperasi. - Gambar fail

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Operasi perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride dihentikan sementara
Penyedia perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride memberhentikan operasinya menghantar penumpang sejak petang tadi susulan amaran daripada Kementerian Pengangkutan.

Isu teksi motosikal: Kementerian Pengangkutan sedia berjumpa Dego Ride
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dego Ride diberi masa seminggu untuk tampil mengadakan pertemuan bersama pihaknya di Kementerian Pengangkutan.