Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memohon maaf di atas insiden meminta seorang pelanggan menyarungkan kain batik bagi berurusan di kaunter jabatan itu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, JPJ memohon maaf kepada Suzanne G. L. Tan atas kesulitan dihadapinya.

Menurut kenyataan itu, JPJ juga menyatakan bahawa mereka tiada mempunyai peraturan khusus seperti memberikan kain batik kepada pelanggan yang tidak berpakaian formal bagi berurusan di jabatan itu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai.

kk


JPJ, Batik, Facebook
Foto Facebook

BACA: Wanita disuruh pakai kain batik di pejabat JPJ

Namun begitu, tegas kenyatan itu, JPJ juga mempunyai etika berpakaian seperti jabatan kerajaan yang lain dan orang ramai diminta untuk mematuhi peraturan berkenaan.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap pihak bertanggunjawab terhadap isu kain batik itu.


liow


Melalui kenyataan yang ditulis oleh Liow di Facebook, beliau juga menekankan bahawa pihak berkuasa tidak harus membebankan rakyat dengan garis panduan yang tidak diperlukan.

Sejurus selepas kenyataan ini dimuat naik, para netizen tidak melepaskan peluang meninggalkan komen terhadap kenyataan tersebut.

Menurut seorang pemegang akaun bernama Brendam Lim, dia berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan secepat mungkin terhadap kakitangan berkenaan yang menimbulkan isu sensitif terhadap kaum lain.

liow


Manakala pemegang akaun bernama Spartacus pula berpendapat setiap rakyat harus mematuhi etika berpakaian yang dikenakan oleh jabatan kerajaan dan pakaian kurang sopan seperti memakai skirt atas lutut tidak harus dibenarkan dalam premis rasmi.

liow