Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan operasi penguatkuasaan membabitkan modifikasi motosikal hanya melibatkan pemilik motosikal jenis Yamaha 15ZR atau lebih popular dikenali Ysuku.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi penguatkuasaan modifikasi motosikal tidak mengikut spesifikasi JPJ melibatkan kesemua jenis motosikal dan tidak pernah memfokuskan kepada motosikal jenis Ysuku sahaja.
"Saya perlu perbetulkan, JPJ akan ambil tindakan terhadap semua jenis motosikal yang diubah suai tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan JPJ bukan Ysuku sahaja seperti ubah suai ekzos dan cermin (sisi)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, trend modifikasi motosikal bukan sahaja melibatkan Ysuku tetapi membabitkan motosikal model lain yang boleh membawa risiko bahaya kepada pemiliknya.
Untuk rekod, netizen dalam media sosial mendakwa operasi penguatkuasaan JPJ dan polis melibatkan modifikasi motosikal Ysuku sahaja sekali gus menimbulkan salah faham pemilik motosikal berkenaan yang mendakwa menjadi mangsa keadaan terutama sekali motosikal yang tidak diubah suai.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata mekanisme terbaharu untuk menangani ketirisan kutipan hasil daripada urus niaga Lesen Kenderaan Motor (LKM) di negara ini bakal diketahui pada awal tahun hadapan.
Menurutnya, pasukan petugas khas yang dipertanggungjawab untuk meneliti kaedah sesuai menyelesaikan masalah tersebut kini sedang dalam proses membuat kajian dan akan dibawa ke peringkat Kementerian Pengangkutan untuk kelulusan.
" JPJ kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan agensi lain untuk mencari jalan penyelesaian," katanya.
Shaharuddin berkata, JPJ masih dalam proses mengkaji kemungkinan menentukan kesahihan kedudukan lokasi kenderaan berada di dalam negara ini menerusi sistem dalam talian 'Ucustom' yang dikendalikan oleh kastam.
Pada awal bulan ini, JPJ dalam satu kenyataan menyatakan ketirisan kutipan hasil daripada urus niaga di negara ini berjumlah RM50 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2019 dengan lebih 50 peratus urus niaga pembaharuan dibuat di Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi.
Bernama
Tue Sep 24 2019

JPJ nafi operasi penguatkuasaan babitkan modifikasi motosikal hanya melibatkan pemilik motosikal jenis Yamaha 15ZR atau Ysuku.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se