Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kini sedang giat memburu kenderaan mewah yang diklon dan dipercayai digunakan secara berleluasa di negeri ini.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini pihaknya menyita 15 kenderaan mewah yang memiliki nombor casis dan nombor pendaftaran palsu.
Katanya kesemua yang dikesan diklon itu adalah kenderaan mewah seperti Mini Cooper, Honda Jazz, Subaru Impreza serta Honda Civic.
"Daripada jumlah yang disita itu empat daripadanya kita serahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan lanjut dan kita dapati kereta asal yang diklonkan ini masih digunakan di Sabah atau Sarawak namun nombor casis atau nombor pendaftaran yang sama itu digunakan pada kenderaan lain.
"Di Terengganu kita dapati kereta jenis Honda antara yang paling banyak diklonkan iaitu enam buah dan jumlah kereta klon yang dikesan di negeri ini agak tinggi," katanya kepada pemberita di sini.
Abdul Rahman berkata lazimnya kereta yang diklonkan itu dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Menurutnya kesemua pemilik kenderaan ketika ditahan mendakwa tidak tahu kereta yang dibeli itu adalah kereta klon dan ketika urusan jual beli dilakukan mereka juga diberikan geran.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak tertipu dengan sindiket penipuan seperti itu, memiliki kereta mewah dengan harga yang jauh lebih rendah.
"Kita harap orang ramai berhati-hati dan tidak terjerat dengan penipuan untuk memiliki kereta mewah, sebaliknya membuat pemeriksaan dan rujukan dengan pihak berkuasa," katanya.
Jelasnya pihaknya memandang serius kegiatan seperti itu dan JPJ sedang giat mengesan kereta klon yang masih berleluasa digunakan di jalan raya.
Bernama
Wed Oct 15 2014
JPJ Terengganu kini sedang giat memburu kenderaan mewah yang diklon dan dipercayai digunakan secara berleluasa di negeri ini.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
JPJ ambil tindakan tegas terhadap pemilik kereta klon
Kebanyakan kenderaan klon yang disita ialah kenderaan yang dibawa masuk ke negara ini dari negara jiran.
JPJ Terengganu sita 15 kenderaan mewah yang diklon
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kini sedang giat memburu kenderaan mewah yang diklon dan dipercayai digunakan secara berleluasa di negeri ini.