Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperkenalkan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) bagi siri baru negeri ini iaitu ALL.
Pengarah JPJ Perak, Severinus Tukah berkata, proses bidaan dalam talian itu pertama kali diperkenalkan di negeri ini dan dibuka selama lima hari bermula Khamis ini pada jam 12 tengah malam hingga 23 September depan jam 11.59 malam.
"Keputusan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam iaitu pada 24 September ini.
"Orang awam atau syarikat hanya perlu mempunyai rekod dalam Sistem MySikap atau boleh membuat pendaftaran di mana-mana Pejabat JPJ negeri atau cawangan kecuali di UTC (Pusat Transformasi Bandar)," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, bagi nombor pendaftaran ALL ini JPJ menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM1 juta dengan jangkaan lima siri bidaan tertinggi iaitu ALL 1, ALL 4, ALL 8, ALL 8888, ALL 9999.
Menurutnya, bagi nombor bernilai utama harga minimum untuk bidaan adalah RM20,000, nombor menarik (RM3,000), nombor popular RM800 dan nombor biasa (RM300) dengan setiap kenaikan bidaan minimum pada kadar 5 peratus.
"Bidaan siri paling tinggi di Perak setakat ini adalah AKU dengan hasil kutipan RM3.1 juta diikuti ALA RM1.6 juta dan ALE RM1.1 juta.
"Sebelum ini, AKU 1 berjaya mencapai bidaan lebih RM207,000, dan kita harap kali ini, ALL 1 mampu mencapai tahap itu atau sekurang-kurangnya memberikan nilai bidaan RM150,000," katanya.
Severinus berkata, pembida boleh membida seberapa banyak nombor yang diminati dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM10 bagi setiap nombor yang dibida.
"Bagaimanapun setiap individu hanya layak untuk memenangi maksimum tiga nombor kenderaan sementara bagi perniagaan/syarikat tidak melebihi lima nombor kenderaan," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan Ibu Pejabat JPJ, Mohd Hafiz Shamsani Othman berkata, hasil kutipan yang diperolehi melalui perlaksanaan JPJeBid sejak diperkenalkan April lepas adalah lebih RM21.2 juta melibatkan 17 siri bidaan di lapan negeri.
Katanya, kutipan tertinggi adalah siri FC di Putrajaya yang mencatat RM3.1 juta bagi 2,481 bidaan dan VDV (Kuala Lumpur) sebanyak RM1.6 juta.
"Selepas Perak, sistem JPJeBid yang menawarkan ketelusan dan perkhidmatan lebih cepat kepada orang ramai ini akan diperluas ke negeri-negeri lain antaranya Sarawak, Terengganu, Melaka, Selangor dan Perlis," katanya.
Sinar Harian
Tue Sep 17 2019

Severinus menunjukkan siri pendaftaran ALL 1 yang dibuka untuk bidaan bermula Khamis ini. - Foto Sinar Harian

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini
Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.

Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).

Canselor Jerman sifatkan Paris sebagai inspirasi besar untuk bida tuan rumah Olimpik
Scholz melawat Sukan Olimpik Paris yang berlangsung sehingga Ahad selepas Kerajaan Jerman menyokong bidaan masa depan.

Paris semarakkan semangat untuk Jerman bida anjur Olimpik 2040 - Faeser
Persekutuan Sukan Olimpik Jerman (DOSB) sedang mempertimbangkan bidaan pada 2036 atau 2040.

Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).

Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.

Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO
Kelulusan ini dianggap langkah penting ke arah perluasan pakatan strategik itu selepas tertangguh lebih 19 bulan.

Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.

Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.