Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat sebanyak 100 peratus dengan 9,643 unit terjual.
Proton Holdings Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, kuantiti terkumpul bagi tahun ini berjumlah 89,476 unit, yang merupakan pertumbuhan 50.1 peratus tahun ke tahun manakala bahagian pasaran juga berkembang dan dianggarkan kini berada pada 16.2 peratus bagi keseluruhan 2019.
Model Proton Saga mencatatkan jualan bulan ketiga berturut-turut melepasi paras 4,000 unit apabila sebanyak 4,091 kereta diserahkan pada November.
Ia membolehkan model terbaharu Proton ini menduduki senarai teratas dalam jualan sedan segmen A dengan 34,422 unit terjual setakat ini bagi 2019.
Pertumbuhan kuantitinya kini berada di tahap memberangsangkan pada 32 peratus, yang mana setakat ini merupakan yang terbaik bagi mana-mana model dalam segmen tersebut.
"Cabaran kami adalah untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi Saga dan kami mengadakan perbincangan menyeluruh dengan vendor kami untuk berusaha meningkatkan kuantiti tahun depan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong.
Sementara itu, jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, Proton X70, juga tidak menunjukkan sebarang penurunan.
Proton X70 akan meraikan ulang tahun pertamanya pada 12 Disember ini.
"Proton X70 adalah kejayaan terbesar kami bagi 2019. Ia membolehkan Proton memasuki segmen baharu dengan tanpa sebarang pengalaman pasaran dan setahun kemudiannya, ia muncul sebagai peneraju jualan yang tidak boleh dipertikaikan lagi," kata Li, sambil menambah jualan Proton X70 telah meningkat dengan 2,000 unit terjual pada November.
"Peningkatan itu membuktikan bahawa pelanggan masih lagi berminat dengan SUV pintar itu dan kami menyasar meningkatkan minat tersebut pada tahun depan," katanya.
Memandangkan pengembangan kilang baharu di Tanjung Malim semakin hampir memulakan aktiviti pengeluaran, jurutera Proton, katanya, bertekad untuk menghasilkan produk yang kualitinya menyaingi atau malahan lebih baik lagi daripada kenderaan yang dihasilkan oleh anggota lain daripada kumpulan jenama automotif Geely Auto. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019

Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat sebanyak 100 peratus dengan 9,643 unit terjual.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Jualan Proton meningkat 100 peratus, terjual 9,643 unit pada November
Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat sebanyak 100 peratus dengan 9,643 unit terjual.