Seorang wanita ditemui maut di rumahnya selepas dipercayai dipukul oleh suaminya yang mengalami masalah mental di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor, berkata mangsa Suraiza Hamzah, 46, dijumpai terbaring di ruang tamu rumah oleh anak lelakinya berusia 17 tahun pada pukul 7.30 malam.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sebelum itu, pasangan suami isteri itu telah bergaduh akibat cemburu apabila suami mangsa berusia 47 tahun itu mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.
Suspek yang tidak bekerja dan dipercayai mempunyai masalah mental telah dilaporkan menghentak kepala isterinya dengan sebuah objek tumpul dalam kejadian itu, katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata mangsa bekerja sebagai seorang juruaudit di salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah.
Menurutnya, suspek ditahan oleh anggota ronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam kemudian selepas menerima maklumat daripada ibu saudara anak mangsa.
Shahrul Othman berkata anak pasangan itu sebaik menemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri telah memaklumkan kepada ibu saudaranya untuk menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.
"Mayat mangsa telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.
Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Bernama
Tue Jul 21 2015
Siasatan awal polis mendapati sebelum itu, pasangan suami isteri itu telah bergaduh akibat cemburu apabila suami mangsa berusia 47 tahun itu mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain. - Gambar Fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Polis buru dua penunggang motosikal sebabkan kematian di Kota Bharu
Mereka dipercayai terbabit dalam pertaruhan sehingga menyebabkan kematian seorang lagi penunggang motosikal dan mendatangkan kecederaan terhadap seorang pejalan kaki.
2,023 saman tertunggak diselesaikan
Sebanyak 2,023 saman atas pelbagai kesalahan trafik diselesaikan menerusi Op Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) di tiga lokasi berasingan di negeri ini yang bermula Jumaat lalu.
KPN Khalid bersara wajib September ini
Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2013 menggantikan Tan Sri Ismail Omar.
Tiada lagi mangsa runtuhan jejambat - Polis
Polis hari ini mengesahkan tiada lagi mangsa lain yang terbabit dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar.
Kereta pemandu GrabCar rosak teruk diserang pemandu teksi
Satu lagi kes kereta milik seorang pemandu GrabCar rosak teruk akibat diserang beberapa pemandu teksi ketika sedang mengambil menumpang di pusat beli-belah Mid Valley di sini semalam.
Lelaki mati dipercayai akibat seks ganas - Polis
Polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan sebuah kondominium di Sri Hartamas berhubung kejadian itu pada 12.17 tengah hari tadi.
Lelaki terlanggar kereta ditemui mati di PPR Pantai Dalam
Mangsa yang berusia 48 tahun itu dipercayai dipukul selepas kereta dipandunya terlanggar sebuah kenderaan yang diparkir di tepi sebuah gerai makan.
11 lelaki rompak RM1.6 juta di Jalan Klang Lama
Sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol dan parang menyamun dua pekerja syarikat pengedar emas dan melarikan wang tunai RM1.6 juta.
Juruaudit maut dibelasah suami akibat cemburu
Seorang wanita ditemui maut di rumahnya selepas dipercayai dipukul oleh suaminya yang mengalami masalah mental di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Isnin.