Perbincangan Kabinet memutuskan tidak mahu perdana menteri direhatkan pada saat pelbagai isu semasa yang memburukkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk artikel Wall Street Journal (WSJ).
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pendirian Kabinet kini dalam satu keputusan dengan membenarkan proses berkenaan semua isu melibatkan Najib berjalan seperti yang diperlukan.
"Kami sudah adakan perbincangan berkenaan isu semasa termasuk isu artikel Wall Street Journal.
"Perbincangan tersebut dimulakan oleh Najib yang menjelaskan kepada kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang seperti yang kita semua tahu.
"Tidak (meminta PM berehat seketika untuk disiasat), saya rasa Kabinet sangat bersatu dalam pandangan membenarkan proses berjalan seperti yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas semasa Majlis Penyerahan Felo Perdana Kepada barisan Menteri Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini.
Sebanyak 83 Felo Perdana dari 50 universiti dalam dan luar negara terpilih untuk mengikuti program internship yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan.
BACA: Najib Razak beri masa 14 hari kepada WSJ untuk respon
Pada Rabu, Najib meminta penerbit WSJ untuk menyatakan pendiriannya berhubung penerbitan dua artikel yang mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi miliknya.
Dalam surat bertarikh 8 Julai kepada penerbit WSJ, Dow Jones and Company Inc, firma guaman Najib Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata ia meminta syarikat itu untuk “memperjelaskan pendirian” bahawa adakah ia benar Najib telah menyeleweng sejumlah US700 juta (RM2.6 bilion) milik syarikat 1MDB.
BACA: Tidak ada pihak boleh minta Najib letak jawatan - Abdul Ghapur
Sebelum ini, Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, tidak ada pihak yang sewenang-wenangnya boleh meminta Najib untuk meletak jawatan berikutan tuduhan dan dakwaan terhadapnya baru-baru ini.
Katanya, permintaan itu tidak perlu dilayan, kerana Najib telah dipilih atas sokongan rakyat dan juga kepimpinan parti.
Wan Syamsul Amly
Wed Jul 08 2015

KHAIRY: Perbincangan Kabinet memutuskan tidak mahu perdana menteri direhatkan pada saat pelbagai isu semasa yang memburukkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar Fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.