Kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek, dan jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.
Menteri Pembangunan dan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata keputusan telah dibuat supaya Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan tanggungjawab mewujudkan ruang serta undang-undang untuk Go-Jek dimajukan.
Beliau berkata sekiranya pelaksanaan perkhidmatan memerlukan undang-undang baharu diperkenalkan, atau undang-undang sedia ada dilonggarkan, maka perkara itu perlu dikaji oleh MOT serta KBS, dan dibentangkan untuk persetujuan jemaah menteri.
"Ada lampu hijau (daripada Kabinet) untuk diperincikan dalam bentuk membuka ruang dan undang-undang supaya proses yang kita nak laksanakan ini tidak melanggar undang-undang sedia ada," katanya kepada media selepas pelancaran Tekun Mart Mobile di sini hari ini.
Menurutnya, dalam usaha kerajaan membangunkan ekonomi anak muda, segala projek yang ingin dilaksanakan perlu mengikut undang-undang.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membentangkan usul dan cadangan kepada Kabinet untuk melaksanakan program itu.
Dalam perkembangan lain, Mohd Redzuan menolak tanggapan bahawa beliau adalah antara individu yang didakwa membodek Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan isu projek Lynas.
"Saya adalah menteri yang tidak membodek sesiapa dan saya turut memberikan kritikan yang konstruktif terhadap Dr Mahathir. Apa yang dipersetujui Kabinet adalah dibuat secara konsensus untuk kepentingan negara," katanya.
Sebuah portal melaporkan mengenai paparan skrin yang dikatakan perbualan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dengan seseorang menerusi aplikasi WhatsApp, yang mendakwa beberapa menteri cuba membodek Dr Mahathir berhubung isu Lynas.
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) pada 15 Ogos mengumumkan bahawa kerajaan melanjutkan lesen operasi bagi kilang pemprosesan nadir bumi yang dimiliki pelombong Australia, Lynas Corp, bagi tempoh enam bulan lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 21 2019

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membentangkan usul dan cadangan kepada Kabinet untuk melaksanakan program itu. - Gambar hiasan

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.

Bahasa Indonesia berpotensi jadi bahasa pengantar Asia Tenggara - Nadiem Makarim
Menurut Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia serta pengasas Gojek Nadiem Makarim, beliau ingin Indonesia terkenal untuk budaya dan bahasanya, bukan sahaja daripada sudut ekonomi.

Tak mampu bayar bil hospital, penunggang e-hailing nekad bawa lari jenazah bayi
Puluhan pemandu motosikal e-hailing bawa lari jenazah seorang bayi apabila keluarganya tidak mampu membayar bil hospital di Padang, Indonesia.

Dewan Rakyat: Rancangan pelaksanaan e-hailing motosikal antara tumpuan hari ini
Nik Nazmi bertanya bilakah projek perintis perkhidmatan itu akan dimulakan serta sama ada kerangka perundangan mengenainya telah siap dirangka Kementerian Pengangkutan.

Jokowi umum barisan Kabinet Indonesia Maju 2019
Pengasas Gojek, Nadiem Makarim dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan manakala ketua parti pembangkang, Prabowo Subianto pula sebagai Menteri Pertahanan.

Kabinet luluskan konsep e-hailing motosikal, bukan kepada Gojek sahaja - Anthony Loke
Anthony Loke berkata ramai yang keliru dengan isu ini dan mana-mana syarikat operator perkhidmatan boleh beroperasi selepas kerangka undang-undang mod pengangkutan tersebut diluluskan oleh Parlimen.

Pemandu Gojek kumpul wang untuk biayai Shamsubahrin ke Jakarta
Lebih 400 pemandu Gojek mengadakan bantahan secara aman di luar kedutaan bagi membantah kenyataan Shamsubahrin sebelum ini yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

Pelaksanaan Gojek perlu kajian faktor keselamatan
Pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal, Gojek di negara ini perlu dikaji secara menyeluruh, terutamanya dari segi faktor keselamatan.

K'jaan utamakan keselamatan dalam pelaksanaan Gojek - Anthony Loke
Pihaknya tidak akan kompromi dalam isu membabitkan keselamatan dan laporan kajian hala tuju dan mekanisme perkhidmatan e-hailing motosikal akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.

Lapan garis panduan dicadang pastikan Gojek lebih selamat - MSOSH
MSOSH cadang lapan garis panduan yang perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa sebelum benarkan Gojek beroperasi.

Kadir Jasin persoal kewajaran benarkan perkhidmatan Gojek
A. Kadir Jasin mempersoalkan kewajaran kerajaan memberi kebenaran terhadap cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek di negara ini.