Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini menolak cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Keputusan itu dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui satu kenyataan di akaun Facebooknya selepas mesyuarat kabinet hari ini.
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda," kata Khairy.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh pada Isnin mengumumkan cadangan berkenaan yang bertujuan mahu menggalakkan peminjam PTPTN membayar balik kemudahan pembiayaan pendidikan yang mereka terima bagi membolehkan faedah itu dinikmati oleh orang lain.
CCRIS ialah sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam seperti yang dilaporkan oleh institusi kewangan. Melalui sistem itu, mana-mana peminjam PTPTN yang ingkar membayar semula akan berdepan masalah untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman yang lain termasuk perumahan, kenderaan, sewa beli dan lain-lain.
Cadangan Idris itu bagaimanapun mendapat bantahan banyak pihak termasuk daripada Pergerakan Pemuda UMNO.
Khairy dalam satu kenyataan media berkata, kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta mengambil tindakan yang sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang ingkar.
“Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam.
“Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman kad kredit atau kenderaan.
“Pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan samaada Diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut membantah langkah ini dan berkata ia perlu dilihat dengan lebih teliti.
Reezal Merican turut mencadangkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dijadikan rakan strategik jangka panjang kepada PTPTN.
Di pihak pembangkang, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menyatakan bantahan terhadap cadangan yang dikemukakan Idris itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS kesal dengan pengumuman tersebut dan mendesak kerajaan supaya tidak terus menekan rakyat yang sudah banyak dihimpit kesusahan akibat pentadbiran yang lemah.
Katanya, sepatutnya kerajaan melihat permasalahan yang menyebabkan pemimjam tidak dapat membayar kembali pinjaman PTPTN bukan menghukum mereka dengan menyenarai hitamkan di Bank Negara.
PKR menyifatkan pengumuman sebagai satu lagi kegagalan mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dasar PTPTN yang liberal sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjam itu dilakukan, ia hanya akan memburukkan keadaan.
Bantahan juga turut dikemukakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan menutup peluang belia Melayu dan Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan ekoran kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan.
Astro Awani
Wed Aug 21 2013
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Menara kawalan trafik udara dilapor kekurangan kakitangan semasa nahas pesawat
Kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara di Ronald Reagan Washington National Airport "tidak normal" semasa pelanggaran maut itu.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM
Penangguhan sementara itu adalah "langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit."
CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS
Inisiatif berbentuk CSR ini bertujuan menggalakkan lebih ramai individu mengambil langkah pertama dalam menguruskan kewangan.
Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM
Peminjam individu, dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai 7 Julai, 2021, kata Bank Negara Malaysia.
BSN masih tawar bantuan bayaran untuk pelanggan bersasar
Sebarang bantuan pembayaran yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan terlibat.
Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.
Cawangan Maybank dibuka hingga 7 petang bagi permohonan bantuan pembayaran balik
Maybank mengingatkan para pelanggannya yang terjejas akibat pandemik agar segera menghubungi bank sekiranya mereka ingin memohon Bantuan Pembayaran Balik untuk pinjaman/pembiayaan mereka.
RHB sedia beri pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN disenarai hitam
Nazri berkata tidak ada alasan untuk menolak memberi pinjaman perumahan kepada peminjam PTPTN yang komited membuat bayaran balik pinjaman mereka dengan jadual pembayaran balik yang sepatutnya.
Peminjam PTPTN disenarai hitam CCRIS tiada masalah mohon pinjaman beli rumah pertama
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata CCRIS adalah sistem pemakluman tentang pembayaran balik pinjaman dan bukannya untuk menyenaraihitamkan pemohon.
Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida
Peminjam PTPTN yang disenarai hitam dalam CCRIS akan dikeluarkan daripada rekod buruk tersebut dengan membeli rumah pertama.
Tiada kompromi bagi pendidik terlibat salah laku seksual
Jika terdapat warga pendidik yang disabitkan dengan kesalahan salah laku seksual, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas selepas kes itu diputuskan mahkamah.