Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh kesal dengan kenyataan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar yang mahu had umur minimum perkahwinan diturunkan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki atas alasan anak-anak sekarang terdedah kepada seks lebih awal.
Beliau berkata perkahwinan bukan sahaja berkisar tentang soal seks semata-mata, namun ia juga berkait dengan soal tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pasangan yang mendirikan rumah tangga tersebut.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata sesebuah perkahwinan memerlukan persediaan mental dan fizikal selain keupayaan kewangan untuk membolehkan pasangan tersebut mengharungi cabaran yang mendatang dalam alam perkahwinan.
"Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada tahun 2011 ada menyebut bahawa perkahwinan bawah umur mendatangkan lebih banyak mudharat dari kebaikan.
"Sekiranya berlaku gejala sosial di mana remaja terdedah kepada tingkah laku seks luar nikah di peringkat umur yg muda, maka masalah itu harus dipersoal kpd institusi agama dan keberkesanan program dakwah mereka.
"Kita perlu tanya mengapa perkara tersebut berlaku dan bukannya mencari penyelesaian dengan membenarkan perkahwinan kanak-kanak. Itu membunuh masa depan mereka," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whastsapp di sini hari ini.
Menurutnya bagi kanak-kanak perempuan sendiri, secara biologikal rahim belum bersedia untuk mengandung pada umur 14 tahun dan kehamilan pada umur demikian akan lebih menyebabkan risiko keguguran dan kematian bayi yang dikandung.
Manakala dari segi psikologi sendiri, kanak-kanak lelaki mahupun perempuan belum bersedia atau matang untuk memikul tanggungjawab menjadi suami mahupun isteri yang sekali gus boleh menyebabkan perkahwinan berkenaan mungkin berakhir dengan perceraian.
"Apabila perkahwinan itu dilakukan awal contohnya pada usia 14 dan 16 tahun, bagaimana pula dengan soal pendidikan mereka. Pada peringkat usia seperti itu mereka seharusnya di bangku sekolah demi masa depan yang lebih terjamin," katanya.
Bungsu dalam kenyataannya semalam yang menyatakan pendirian tidak bersetuju cadangan kerajaan untuk menaikkan had umu minimum perkahwinan kepada 18 tahun.
Antara lain Bungsu berkata anak-anak pada masa kini cepat matang dan terdedah kepada soal seks lebih awal yang menyebabkan mereka perlu dibenarkan untuk berkahwin dengan awal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 23 2018
FUZIAH SALLEH: "Kita perlu tanya mengapa perkara tersebut (seks luar nikah) berlaku dan bukannya mencari penyelesaian dengan membenarkan perkahwinan kanak-kanak. Itu membunuh masa depan mereka," - Foto Fail
10 Berita Pilihan - (21 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata di Gaza
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi UNSC untuk menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata di Gaza.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.
Kahwin bawah umur hancur masa depan kanak-kanak - Fuziah Salleh
"Sekiranya berlaku gejala sosial di mana remaja terdedah kepada tingkah laku seks luar nikah di peringkat umur yg muda, maka masalah itu harus dipersoal kpd institusi agama."