Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) akan membuat kajian untuk menambah baik Akta 709 dengan mengambil kira perkembangan ekonomi digital dan kepentingan e-dagang selaras perkembangan semasa dengan amalan terbaik antarabangsa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata JPDP di bawah kementeriannya bertugas mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh pengguna data untuk mengelak daripada disalah guna atau disalah pakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
“Akta 709 yang berkuat kuasa mulai 15 November 2013 telah mewajibkan pendaftaran Pengguna Data yang tergolong di bawah 13 golongan pengguna data sebagai salah satu mekanisme pematuhan di dalam pelaksanaannya.
“Selain itu, JPDP juga telah mengeluarkan Standard Perlindungan Data Peribadi (PDP) yang menetapkan kehendak minimum yang perlu dipatuhi oleh pengguna data iaitu Standard Keselamatan, Standard Peyimpanan dan Standard Integriti Data,” katanya.
Gobind berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PH-Beluran) yang meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyatakan langkah yang telah diambil kementerian bagi menangani insiden kebocoran data peribadi yang dilaporkan berlaku dan sejauh mana keberkesanan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dalam menangani masalah ini.
Selain itu, kata Gobind, kementeriannya juga telah memperkuatkan Arahan 24 Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mewajibkan semua agensi-agensi kerajaan dan organisasi yang dikenal pasti sebagai Infrastruktur Maklumat Kritikal Nasional.
“Ia termasuk syarikat telco untuk mematuhi Standard ISO 27001: Information Security Management System yang menekankan Confidentiality, Intergrity dan Availability (CIA) terhadap sistem maklumat.
“Ini bagi memastikan semua agensi dan organisasi kritikal negara mencapai tahap keselamatan yang tertinggi bagi melindungi data mereka daripada dicerobohi,” jelasnya.
Tambahnya, Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga turut menekankan aspek keselamatan data supaya penyedia perkhidmatan dapat mengambil langkah-langkah yang ketat untuk memastikan perlindungan data peribadi pengguna berada di tahap yang tinggi.
Kata Gobind lagi, JPDP juga telah membangunkan lima Tata Amalan mengikut golongan Pengguna Data iaitu Utiliti (Elektrik), Perbankan dan Institusi Kewangan, Insurans, Pengangkutan dan Telekomunikasi.
Ia bagi memastikan pematuhan terhadap tujuh PDP yang menyeluruh dan mengikut kesesuaian operasi dan
amalan terbaik perniagaan pengguna data mengikut sektor.
Wan Syamsul Amly
Thu Nov 14 2019
GOBIND: JPDP akan membuat kajian untuk menambah baik Akta 709 dengan mengambil kira perkembangan ekonomi digital dan kepentingan e-dagang. -Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 14 November 2019.