Watak 'Ros', kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin, dikesan menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.
Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak senonoh.
Sejak dimuat naik 3 Julai lepas, gambar itu yang telah diakses lebih 4,000 pengunjung laman sesawang tersebut, dikhuatiri boleh 'meracuni' pemikiran kanak-kanak melalui penerapan unsur lucah pada watak animasi kegemaran mereka itu.
Mengulas perkara itu, seorang ibu Alya Nadirah, 23, menyatakan kegusaran sekiranya pihak terbabit berjaya memuat naik video atau karikatur berunsur lucah itu dalam laman sosial seperti YouTube yang sering diakses kanak-kanak.
"Saya tak sangka dan terkejut kerana Upin dan Ipin yang ditonton semua lapisan masyarakat telah dimanipulasi mereka yang berniat jahat. Sekiranya berterusan, ia pasti akan menimbulkan pelbagai masalah sosial kerana mereka (kanak-kanak) mudah terpengaruh dengan adegan dipaparkan sehingga
mempraktikannya," kata beliau.
Nawawi Nordin, 34, pula menyifatkan tindakan mengeksploitasi watak Kak Ros itu mengaibkan kaum wanita kampung yang penuh dengan ciri-ciri kesopanan.
"Watak Kak Ros yang ditampilkan dalam siri animasi ini memang memaparkan ciri-ciri ketimuran dan adat Melayu seperti pemakaian baju kurung.
"Sekiranya karikatur itu tersebar, ia mencalarkan imej wanita Melayu yang ditampilkan dalam siri animasi itu," kata bapa kepada dua anak lelaki berusia dua dan empat tahun itu.
Upin dan Ipin merupakan sebuah siri animasi tempatan yang telah melonjak nama negara di pentas animasi antarabangsa kerana penghasilannya berjaya menembusi negara seperti Turki, Korea Selatan dan Hong Kong.
Siri animasi itu mengisahkan sepasang kembar berusia lima tahun yang menjalani kehidupan seharian bersama kakak (Kak Ros), nenek dan rakan-rakannya di sebuah kampung.
Dalam pada itu, Ketua Media Baru dan Perhubungan Awam Les' Copaque Production Sdn Bhd, Mohd Zarin Abdul Karim berkata syarikatnya tidak terlibat dengan sebarang penghasilan karikatur mahupun video Upin dan Ipin yang bertentangan dengan undang-undang.
"Kami tiada kaitan dengan penghasilan sebarang siri animasi yang mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat khususnya kanak-kanak.
"Namun, pemantauan di internet terutamanya laman sosial, sentiasa kami lakukan dari semasa ke semasa bagi mengesan mereka yang tidak bertanggungjawab ini daripada terus menyebarkan perkara negatif," katanya kepada Bernama.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Law Hong Soon berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dilihat cuba merosakkan masyarakat terutamanya kanak-kanak melalui penyebaran bahan pornografi.
Bagaimanapun, katanya polis akan melihat dahulu sama ada kandungan karikatur yang di muat naik ke laman sesawang itu mempunyai unsur negatif terhadap masyarakat sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Mereka yang bersalah akan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki atau menyebarkan bahan lucah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, mana-mana pihak yang disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bernama
Fri Sep 02 2016
'Kak Ros' dalam kartun Upin & Ipin ini menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab, yang melukis semula wataknya dengan aksi melampau. - Foto Les Copaque.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.
Abg Yahya rangkul emas kedua pada Boling Para Dunia di Hong Kong
Pemain boling para kebangsaan Abg Yahya Abg Azhar mencuri tumpuan dengan meraih pingat emas kedua dalam Kejohanan Boling Dunia Para IBF 2025 di Hong Kong.
JKN Perak rampas steroid anabolik, produk kosmetik bernilai RM2.06 juta
Operasi berkenaan dijalankan terhadap enam premis di sekitar Perak dan dipercayai ia dijadikan sebagai stor simpanan bagi semua produk tidak sah itu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.38 seliter kepada RM3.43 seliter bagi tempoh 23 hingga 29 Jan.
WEF 2025: Sesi Perdana Menteri bersama Pengerusi Eksekutif WEF
Ikuti sesi perbualan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Sedunia (WEF) Prof Klaus Schwab.
Pempengaruh Malaysia ke ASEAN live creators anjuran Tiktok
Dua pencipta kandungan dari Malaysia berjaya ke program ASEAN Live Creators for Change anjuran Yayasan ASEAN dan TikTok.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Mereka adalah antara 20 pencipta kandungan muda dari 10 negara ASEAN yang dipilih untuk menghasilkan kandungan secara langsung bagi memberi inspirasi kepada penonton mengenai sosiobudaya yang relevan di rantau ini.
Semua negara anggota disaran guna zon waktu seragam
Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 kerana ini dapat menyatukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berpendapat, ini bukan idea baharu kerana ia telah dicadangkan pada 1995, cadangan semula oleh Malaysia pada 2006 dan sekali lagi pada 2015 ketika Kuala Lumpur kali terakhir mempengerusikan ASEAN
Malaysia bakal anjur sidang kemuncak keselamatan dan kesihatan pekerja ASEAN 2025
Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ASEAN 2025 dari 4 hingga 5 Ogos tahun ini.
Tasha Shilla akui masih berimej seksi
Tasha Shilla mengakui masih lagi berimej seksi dan belum pernah lagi mengeluarkan kenyataan akan berpakaian sopan.
'Kak Ros' Upin & Ipin jadi mangsa eksploitasi
Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah dilukis semula dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi.