Seorang wanita yang dikenali sebagai 'Kak Ton' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Rompin di sini, hari ini atas 11 pertuduhan menipu dalam menyediakan perkhidmatan pakej umrah tahun lalu.
Zaiton Man, 48 tahun dituduh menawarkan pakej umrah yang tidak wujud sehingga memperdaya kesemua mangsa untuk menyerahkan wang secara tunai dan memasukkan wang berjumlah RM44,000 ke dalam akaun milik tertuduh.
Wanita yang berasal dari Indera Mahkota, Kuantan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan dari 31 Disember 2016 hingga 20 Oktober tahun lalu di FELDA Keratong, Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Razak di sini.
BACA: 'Ejen' pakej umrah tipu 16 jemaah ditahan
Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Majistret Najwa Hashim kemudian menetapkan nilai jaminan keseluruhan berjumlah RM35,500 dan 15 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Ahmad Nadri dan tertuduh diwakili peguam Osman Abdullah.
Sebelum ini media pernah melaporkan mengenai 48 individu termasuk peneroka FELDA Keratong, Rompin mendakwa kerugian kira-kira RM300,000 ditipu seorang wanita dikenali sebagai 'Kak Ton' yang menawarkan pakej umrah.
Mangsa yang kecewa kerana gagal ke Tanah Suci pada tarikh dijanjikan iaitu awal Disember lalu membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah.
Difahamkan, 'Kak Ton' adalah wakil syarikat berpangkalan di Kamunting, Perak dan syarikat itu pula akan bekerjasama dengan beberapa agensi umrah lain untuk menghantar individu berkenaan mengerjakan umrah.
Tamat
Caption: ROMPIN 31 Januari 2018 - ZAITON MAN, 47, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu pakej umrah dan dikenakan bayaran ikat jamin RM35,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini
Noraniza Kamsani
Wed Jan 31 2018

Zaiton Man, 48 tahun dituduh menawarkan pakej umrah yang tidak wujud sehingga memperdaya kesemua mangsa untuk menyerahkan wang secara tunai dan memasukkan wang berjumlah RM44,000 ke dalam akaunnya.- Astro AWANI / Noraniza Kamsani

Gelar Presiden Ukraine, Zelenskyy ‘diktator’, Trump elak jawab soalan wartawan…
Presiden AS menyoal wartawan apakah benar beliau menggelar Zelenskyy sebagai 'diktator' dan tidak mempercayai kata-kata itu keluar dari mulutnya.

Katy Perry, tunang Jeff Bezos antara kru wanita bakal ke angkasa lepas
Enam kru penerbangan wanita sepenuhnya akan berlepas ke angkasa lepas dengan roket Blue Origin, yang pertama dalam tempoh lebih enam dekad.

Israel umum ‘sekatan keselamatan’ di al-Aqsa sempena Ramadan
Hanya lelaki berumur 55 tahun ke atas dan wanita berumur lebih 50 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid "atas sebab keselamatan."

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.