Sekiranya anda mencintai dan ingin memelihara alam sekitar, janganlah mandi melebihi tiga minit.
Pakar gaya hidup lestari, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, masyarakat di Malaysia masih tidak sensitif dalam penjagaan alam sekitar.
“Tanya diri kita, kenapa kita masih mandi lebih daripada tiga minit. Saya ambil tiga minit kerana senang, ia lebih kurang 10 liter.
“Lebih 10 liter, secara tak langsung kita guna lebih banyak air. Lebih banyak air digunakan, semakin banyak pokok terpaksa ditebang untuk menampung air, semakin banyak juga arus elektrik digunakan untuk mengalirkan air tersebut ke loji.
“Daripada loji, air dihantar ke Shah Alam dan sebagainya. Maka kalau kita pakai sikit air, sikitlah penghasilan gas dan sebagainya,” katanya pada program Bicara Minda Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di sini petang Jumaat.
BACA: Generasi muda perlu ke hadapan dalam penjagaan alam sekitar
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu turut mempersoalkan komitmen rakyat Malaysia dalam menjaga alam sekitar.
“Persoalan yang saya timbulkan, sejauh mana komitmen kita?
“Kalau tidak, kita umpama cakap dengan bukit, kita banyak buat macam itu sekarang. Kita marah orang sana, marah orang sini,” katanya.
BACA: Sumber semakin terhad, guna air secara berhemah
Jelas beliau, pendekatan yang paling baik dalam menjaga alam sekitar adalah dengan mendidik masyarakat supaya mencintainya dan bukan melalui perundangan.
“Saya rasa kita terlalu banyak pergi kepada perundangan yang akhirnya untuk kita buktikan kesalahan itu tidak semudah disangka. Kalau pun terbukti bersalah atau boleh dibawa ke pengadilan, ia ambil masa sangat lama, akhirnya tidak beri kesan besar.
“Sebab itu saya ambil pendekatan, kaedah yang lebih baik adalah kita menghargai betapa perlunya udara segar, nyaman untuk kebaikan bersama dari segi pelancongan dan kesihatan,” katanya.
Sinar Harian
Fri Oct 18 2019

Bicara Minda bersama Zaini (kanan) yang berlangsung di Dewan Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam, 18 Okt, 2019. - Foto Sinar Harian

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.