BERANG anaknya dipukul oleh menantunya, seorang bapa bertindak membalas dendam dengan membelasahnya hingga mendapat perhatian netizen di media sosial.
Video berdurasi lima minit 38 saat itu dikatakan berlaku di Kuching, Sarawak hingga tular di media sosial.
Memetik World Of Buzz, bapa mertua 'naik hantu' membelasah menantu setelah anak perempuan diperlakukan serupa hingga mendatangkan kecederaan.
Rakaman itu melihat seorang lelaki terduduk di tepi jalan dengan mulutnya berdarah kerana dipukul menggunakan rotan malah ditendang di tempat awam.
Menerusi video itu, lelaki tersebut mempersoalkan hak menantu memukul anaknya kerana dia tidak pernah berbuat demikian.
"Aku sudah banyak kali beri amaran kepada kau, aku membenarkan anak perempuan aku berkahwin tetapi kau memperlakukannya seperti ini!.
"Kalau mak bapak kau tak ajar, biar aku yang ajar kau. Nak minta maaf dengan aku? Masa kau pukul anak aku ada kau minta maaf dengan dia? Kau ingat aku nak biarkan macam itu je?" katanya.
Bagaimanapun menantunya hanya berdiam diri tanpa membalas perbuatan lelaki itu.
Sinar Harian
Fri Oct 26 2018
Paparan video tular di media sosial. -Foto Sinar Harian
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
KPWKM komited pastikan kebajikan anak-anak OKU terbela - Nancy
Nancy berkata kerajaan terus komited memastikan kebajikan anak-anak OKU terus terbela dan diberi layanan sama rata serta diperkasa melalui peruntukan kementerian dalam Belanjawan 2025.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.
AWANI Ringkas: Pengawal keselamatan ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Israel batal perjalanan ke Baku atas faktor keselamatan
Presiden Israel, Isaac Herzog dilapor tidak akan menghadiri dan menyertai delegasi negaranya ke Persidangan Perubahan Iklim PBB atau COP29 di Baku, Azerbaijan.
[TERKINI] Surat guna nama TPM, seorang pengawal keselamatan ditahan
Seorang pengawal keselamatan ditahan berhubung penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
SPRM rakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah
SPRM telah merakam keterangan lima ADUN Sabah susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan klip video memaparkan perbualan mereka yang disebarkan di sebuah portal berita.
[TERKINI] SPRM panggil lima ADUN Sabah
SPRM memanggil lima ADUN Sabah yang disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral.
Tempoh pemeriksaan psikiatri ke atas pemandu dilanjutkan sebulan
Tempoh pemeriksaan psikiatri ke atas pemandu wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilanjutkan sebulan lagi.
'Kalau mak bapak kau tak ajar, biar aku yang ajar kau'
seorang bapa memukul menantunya untuk membalas dendam kerana menantunya itu memukul anaknya.