JPN Pulau Pinang diminta menyegerakan proses pertukaran Ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu sebelum ditemui dalam keadaan selamat di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar, petang Khamis lalu.
Menurut Exco Pendidikan Negeri Kedah, Dr Salmee Said, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah kini hanya menanti kata putus daripada JPN Pulau Pinang untuk menempatkan Nur Farhana.
"Kes yang ustazah itu, sebenarnya dia terikat dengan JPN Pulau Pinang. Biar dia selesai dulu dengan JPN Pulau Pinang tentang pertukaran ke Kedah, kita harap dia dapat ditukarkan di Kedah.
"Kalau JPN Pulau Pinang boleh lepaskan dia masuk Kedah, kita akan bantu letak dia di mana mana sekolah yang bersesuaian," kata Salmee.
Tambah Salmee, permohonan bertukaran guru yang berstatus duka lara untuk kembali berkhidmat di negeri Kedah memang banyak, namun ia perlu diperhalusi terutama daripada segi kekosongan guru, kesesuaian mata pelajaran serta jarak ke sekolah yang dipohon.
Beliau berkata demikian ketika hadir di program Job Fair peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di Dewan Kilat TNB Alor Setar, pada Sabtu.
Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar serta ADUN Suka Menanti, Zamri Yusuf.
Ustazah Nur Farhana Ibrahim yang hilang sejak Isnin lalu ditemui selamat selepas hadir sendiri ke Balai Polis IPD Kuala Kangsar pada petang Khamis.
Kehilangan guru agama itu sebelum ini menimbulkan tanda tanya selepas beberapa barangan milik peribadinya seperti beg tangan dan kunci keretanya ditinggalkan di atas meja di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kehilangannya dipercayai akibat kemurungan kerana terpaksa berulang alik sejauh 200 kilometer setiap hari ke tempat kerja.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 19 2019
JPN Kedah sedang menunggu keputusan oleh JPN Pulau Pinang kerana Nur Farhana adalah guru di negeri tersebut. -Gambar fail
Kes penyalahgunaan dadah di Kedah meningkat 17.3 peratus
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah jumlah klien yang menjalani pemulihan di Kedah di bawah agensi-agensi AADK hingga September adalah seramai 5,960 orang.
JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.
MyKad generasi baharu lebih canggih, dalam fasa akhir perolehan
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata kad pengenalan generasi baharu itu dilengkap dengan ciri keselamatan yang lebih canggih dan selari dengan perkembangan teknologi keselamatan masa kini.
Kerajaan sedia teliti cadangan runding dengan syarikat insurans, beri subsidi tambah baik i-Lindung
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata kajian perbandingan mengenai perkara ini boleh dilaksanakan dengan negara-negara yang pernah menjayakan program tersebut.
Mahkamah lepas dan bebas Tun Daim
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, daripada tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.
Microsoft lancar Quick Machine Recovery elak insiden CrowdStrike berulang
Quick Machine Recovery melakukan perubahan pada Windows Recovery Environment (Windows RE).
PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk ke Golok
Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi Sungai Golok menggunakan laluan tidak diwartakan.
Teroka potensi ekonomi Asia, strategi Malaysia hadapi ketegangan global - Pakar
Menurut Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, ini membuka peluang bagi Malaysia untuk menumpukan perhatian kepada perdagangan intra-Asia yang juga berpotensi untuk mengurangkan impak daripada ketegangan yang dilihat semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
COP29: Perlu gabungan dana awam dan swasta untuk adaptasi iklim - Pakar
Pengarah Urusan BCG, Dave Sivaprasad berkata, dengan pendekatan kewangan yang seimbang dalam adaptasi dan mitigasi, setiap negara mampu mencipta persekitaran lebih mampan dan berdaya tahan untuk menghadapi perubahan iklim pada masa depan.
TNG eWallet laksana eKYC sepenuhnya bermula 20 Disember 2024
Dengan melakukan pengesahan pengguna, ia akan dapat mengatasi masalah akaun palsu atau yang digunakan untuk aktiviti penipuan, selain turut meningkatkan kadar integriti ekosistem TNG eWallet.
Kami akan bantu Nur Farhana ditempatkan di sekolah yang sesuai - Exco Kedah
JPN Kedah sedang menunggu keputusan yang akan diputuskan oleh JPN Pulau Pinang kerana Nur Farhana adalah guru di negeri tersebut.