Peniaga dan pemilik premis kompleks beli-belah Ampang Park memaklumkan bahawa mereka langsung tidak diberitahu tentang butiran pelaksanaan projek pembangunan stesen serta laluan Transit Aliran Massa (MRT) di kawasan kompleks itu.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Satu Malaysia Ampang Park, Wan Kamal Izzuddin Wan Kassim, proses rundingannya juga langsung tidak melibatkan sesiapa pun daripada pihak peniaga serta pemilik premis.
"Kami langsung tidak dimaklumkan, apatah lagi dipanggil bersama untuk berunding sebelum persetujuan terhadap pelaksanaan projek itu dibuat.
"Siapa yang beri kebenaran untuk mewakili kami (peniaga dan pemilik premis)? Tanpa sebarang persetujuan, perjanjian sudah pun dibuat.
"Kami semua tidak tahu apa-apa, sehinggalah diberi notis daripada pihak pengurusan iaitu Ampang Park Management Corporation mengarahkan kami supaya bersedia untuk keluar dari permis masing-masing sebelum April. Ini memang kejam," jelasnya dalam satu sidang media 'Selamatkan Ampang Park' anjuran persatuannya di kompleks itu.
Butiran perjanjian di antara 'pihak Ampang Point' dengan MRT Corporation termasuk nilai pampasan yang bakal diberikan juga tidak berada dalam pengetahuan mereka.
Beliau tidak menolak perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang membuat persetujuan tanpa mendapat suara daripada para peniaga dan pemilik premis sebagai satu cubaan untuk mengaut keuntungan berganda, memandangkan lokasi strategik Ampang Park.
Difahamkan, hanya 14,000 kaki persegi daripada keseluruhan 340,000 kaki persegi sahaja terlibat dalam pembinaan stesen itu yang termasuk dalam rancangan jajaran kedua Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).
Bagaimanapun, motif pengambilan keseluruhan tapak Ampang Park menjadi persoalan besar.
"Mereka (MRT) maklumkan Ampang Park perlu dirobohkan dan tapaknya akan dijadikan tempat meletak mesin-mesin pembinaan.
"Sedangkan di bahagian belakang kompleks ini ada kawasan lapang yang saya kira cukup luas untuk menempatkan semua mesin yang diperlukan.
"Jadi kenapa perlu robohkan Ampang Park?", tegas Wan Kamal.
Tambahnya, beliau sudah berjumpa pihak pemaju selepas mengetahui tentang perkara ini.
"Mereka kata, kalau tidak mahu diruntuhkan, semua peniaga mesti kosongkan Ampang Park dalam masa tujuh tahun sehingga projek selesai atas faktor keselamatan.
"Kalau begitu, mengapa operasi stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Ampang Park tidak dihentikan sekali? Sudah tentu pembinaannya akan memberi kesan terhadap stesen bawah tanah serta laluannya," soalnya.
Naib Presiden Persatuan dan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muhammad Baba Kutty memberitahu, mereka akan memohon campur tangan pihak berkuasa termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menyelesaikan kes ini.
"Kami akan hantar surat kepada Kementerian Wilayah Persekutuan supaya mereka dapat bawa bersama pihak MRT dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertemu dengan kami untuk beri penjelasan sebenarnya.
"Siapa yang mewakili kami, siapa yang meluluskan permohonan, apa yang kami peroleh dan apa nasib kami selepas ini.
"Apa yang kami mahu hanyalah ketelusan dalam perkara ini supaya setiap pihak berpuas hati. Kami mahu keadilan," jelasnya.
Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973, menjadikannya kompleks beli belah pertama di Malaysia dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan dan kehendak selain perkhidmatan untuk warga kota.
Ia dibangunkan oleh syarikat Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd berikutan kejayaan projek pertamanya di Singapura, People's Park yang dibuka pada 1968.
Israr Khalid
Mon Oct 19 2015
Peniaga dan pemilik premis memaklumkan mereka langsung tidak diberitahu tentang butiran pelaksanaan projek MRT di kawasan itu. -Gambar fail
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA
Menurut Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, untuk memastikan kekejaman ini tidak berulang, komuniti antarabangsa mesti memastikan perkara ini tidak berulang.
Dzulkefly belum lulus cadangan WBB
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Waktu Bekerja Berlainan (WBB) merupakan usaha berterusan penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas-petugas KKM.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
Hamas hargai sokongan Malaysia sokong perjuangan Palestin
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain. Negara-negara itu termasuk Turki, Algeria, Indonesia, China dan Rusia.
Polis buru tahanan larikan diri di Tangkak
Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah pada 1.30 tengah hari semalam.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
PTG: Siasatan awal tiada emas ditemukan di Lenggeng
PTG Negeri Sembilan bersama JMG negeri mendapati tiada emas ditemukan di sekitar sungai di Lenggeng.
Capaian sasaran pengesanan ketajaman penglihatan bawah 5 peratus - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM sentiasa memantau masalah ketajaman penglihatan murid-murid melalui pemeriksaan pasukan kesihatan sekolah di KKM dan menetapkan sasaran pengesanan ketajaman penglihatan melebihi 5 peratus.
"Saya kira kita belum capai KPI kita ini, kita hanya mendapat dalam 3.2 peratus," jelasnya.
"Saya kira kita belum capai KPI kita ini, kita hanya mendapat dalam 3.2 peratus," jelasnya.
Raya ini, Ampang Park dah tiada ...
TRADISI membeli-belah menjelang perayaan sebenarnya sangat sebati dalam diri warga kota malah seluruh rakyat negara ini.
MRT nafi jalankan sebarang aktiviti di Kompleks Beli-Belah Ampang Park
Walaupun MRT Corp akan mengambil kompleks beli-belah itu bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), proses mengambil balik tanah masih berjalan dan belum selesai.
Alunan muzik kini hanya kenangan di Ampang Park
Alunan muzik yang merdu kini hanya menjadi kenangan bagi Love Music Center (M) Sdn Bhd yang memutuskan untuk menutup perniagaannya yang telah beroperasi selama 44 tahun.
Wisma Yakin bakal terima nasib seperti Ampang Park?
Mercu tanda perniagaan Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur itu dikatakan kini semakin lesu dan menanti rebah apabila semakin tenggelam daripada mendapat perhatian pengunjung.
AWANI Review: Ancaman boikot tidak halang McDonald's melangkah ke alaf baharu
Naib Presiden McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkongsi tentang restoran McDonald's baharu selepas penutupan cawangan di Ampang Park dan isu boikot restoran makanan segera tersebut.
Nostalgia Ampang Park: 'Dulu pak cik, mak cik dating kat sini' - KLMJ warga kota
Bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi menjadi satu titik pertemuan, perpisahan dan pelbagai kenangan sepanjang 44 tahun buat warga kota.
Detik-detik terakhir Ampang Park
Hasil tinjauan Astro AWANI mendapati orang ramai masih lagi berpusu-pusu serta tidak melepaskan peluang berkunjung ke pusat beli belah Ampang Park sebelum ditutup buat selamanya.
Pengunjung imbau nostalgia Ampang Park
Suasana suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan pengunjung, termasuk pelanggan setianya yang mengambil kesempatan menjejakkan kaki buat kali terakhir bagi mengimbau nostalgia.
Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup
Jenny Lee, 45, antara pemilik strata yang terpaksa hentikan perniagaan di Ampang Park, bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu - Joo Tan
Selepas 39 tahun beroperasi, kedai makan, Cozy Corner yang menjadi antara mercu tanda terkenal di Ampang Park mengumumkan perpindahan mereka ke Ampang Point.