Sebanyak 773 penjaja dan 500 pekedai di Petaling Street bersetuju untuk menghentikan perniagaan selama sehari pada 16 Sept ini bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini ekoran Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan bakal diadakan di kawasan itu.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee Jp berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 Sept lepas.
"Sebanyak 90 peratus peniaga di sini telah mengambil keputusan untuk menutup perniagaan pada hari berkenaan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin selain mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita pada program 'walkabout' anjuran NGO bersama ketua komuniti dan peniaga di Petaling Street, hari ini.
Beliau juga berharap pihak penganjur membatalkan perhimpunan berkenaan kerana banyak perniagaan di kawasan terlibat akan terjejas kerana terpaksa ditutup sepanjang hari.
Beliau berkata perhimpunan yang bercorak perkauman itu tidak bersesuaian dengan Hari Malaysia yang sepatutnya disambut dengan penuh semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk.
Lebih 50 wakil daripada 20 NGO menyertai program berkenaan untuk beramah mesra dengan peniaga serta penduduk di kawasan terbabit.
Program tersebut turut dihadiri Presiden Pro-Rakyat Khairul Anwar Othman, anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan beberapa NGO seperti Otai Reformis, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), Jingga 13, dan Pertubuhan Prihatin Selangor.
Khairul berkata, 2,000 anggotanya bersama-sama 500 anggota Otai Reformis akan 'berkampung' di sekitar kawasan antara lain Petaling Street dan Bukit Bintang dari pagi sehingga 12 tengah malam pada hari berkenaan.
"Kami sebagai orang Islam, juga orang Melayu dan rakyat Malaysia, ingin beri jaminan kami takkan biarkan rakyat Malaysia tidak kira bangsa diapa-apakan," katanya.
Perhimpunan Rakyat Bersatu atau lebih dikenali sebagai Perhimpunan Baju Merah dirancang diadakan pada 16 Sept ini di ibu negara.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Mohd Ali Rustam selaku penganjur perhimpunan, dalam sidang medianya semalam menegaskan pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok sekiranya dibenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan di Bukit Bintang atau di Petaling Street.
Bernama
Sun Sep 13 2015

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee Jp berkata keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). - Gambar Fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.

Himpunan Rakyat: Jalan Parlimen antara empat jalan utama ditutup esok
Seramai 430 pegawai dan anggota trafik polis akan bertugas memantau dan mengawal bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang tempoh itu.

Kami tutup 16 Sept ini - Peniaga Petaling Street
Keputusan itu dilakukan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 5 Sept lepas.

Ramai skeptikal terhadap penganjuran 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Kegusaran timbul selepas ada pihak yang kononnya mahu menegakkan 'Kebangkitan Maruah Melayu' melalui perhimpunan di sekitar beberapa lokasi utama di ibu negara.