Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai Dua, Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Firash Darwisy Azlan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kepala Batas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi kejadian didapati terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki Melayu berumur 6 tahun telah terjatuh di dalam tali air.
"Mangsa telah berjaya dinaikan ke darat oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Hospital Kepala Batas yang berada di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kehilangan Muhammad Firash disedari kakak mangsa yang keluar mencari selepas mangsa tidak pulang ke rumah.
Kakak mangsa kemudian keluar mencari adiknya dan telah terlihat sepasang kasut kanak-kanak terapung di dalam tali air berkenaan.
Dia kemudian meminta bantuan penduduk kampung yang kemudian turun ke dalam tali air itu untuk mencari mangsa sebelum menemui basikal milik mangsa dan seterusnya jasad kanak-kanak malang itu.
Siasatan mendapati, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam tali air yang mempunyai kedalaman dua meter bersama basikalnya.
Mayat mangsa ditemui di dasar tali air bersama basikalnya pada jam 6.30 petang.
Menurut Noorzainy, penduduk turut memberi bantuan pernafasan sebelum pegawai perubatan tiba.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan lanjut.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jul 28 2020
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Firash Darwisy Azlan, berusia enam tahun. - Foto ihsan PDRM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
Liga Arab desak Majlis Keselamatan PBB hentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin
"Deklarasi Balfour terus menjadi luka yang mendalam dalam hati nurani manusia akibat Nakba yang dialami oleh rakyat Palestin."
KKDW akan pastikan projek di bawah RMK12 di Sarawak disiapkan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan semua projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Sarawak dilaksanakan sepenuhnya sebelum RMK13 bermula.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".
Kiddocare: Transforming Childcare with Tech, Trust and Empowerment
On-demand platform Kiddocare is not only meeting the rising need for flexible childcare solutions but also empowering women by creating real job opportunities in a sector often viewed as informal. Founder and CEO Nadira Yusoff takes us through her exciting plans to launch childcare centres and expand regionally, all while striving to professionalise the childcare industry.
Kanak-kanak lelaki 11 tahun ditemukan lemas di Sungai Kelantan - Bomba
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di Sungai Kelantan, Pasir Pekan, tengah hari tadi.
Remaja hanyut di Sungai Lembing ditemui lemas
Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai hilang selepas hanyut di Kawasan Rekreasi dan Perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing semalam, ditemukan lemas kira-kira jam 6.10 petang Sabtu.
Warga emas ditemui lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang
Seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun ditemui lemas di bawah Jambatan Pulau Pinang, pada Ahad.
Remaja terjatuh sungai, ditemui lemas
Seorang remaja yang terjatuh ke dalam sungai di belakang Pasar Awam, Pekan Benut, di sini, tengahari tadi, ditemui lemas oleh pasukan bomba.
Lori terjunam dalam longkang, mayat pemandu ditemui
Pemandu lori yang hilang selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam longkang dipenuhi air sedalam 4.57 meter ditemui lemas pada Ahad.
Pemandu lori terjunam dalam sungai ditemui lemas
Pemandu lori warga emas yang hilang selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai di sini, pada malam Selasa ditemui lemas.
Enam dipercayai PATI Indonesia ditemui lemas di Pantai Teluk C
Enam individu yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ditemui lemas di persisiran Pantai Teluk C, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, pagi tadi.
Kanak-kanak enam tahun lemas terjatuh dalam tali air
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Jalan Permatang Sungai Dua, Kampung Pokok Simpor, Kepala Batas.
Lelaki ditemui lemas berhampiran jeti di Kota Tinggi
Seorang lelaki berumur 46 tahun ditemui lemas berdekatan sebuah jeti di Kampung Mawai, pada Isnin malam.