Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun sebulan meninggal dunia, di sini dua hari lepas, disyaki akibat jangkitan difteria.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak terbabit tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir dan mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Feb lalu.
Beliau berkata kanak-kanak itu dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Feb lepas dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.
"Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Feb 2019 dengan sebab kematian mengalami difteria yang teruk dan kegagalan multiorgan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kanak-kanak itu menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.
Dr Noor Hisham berkata penyakit difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (infeksi darah) dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yang seterusnya boleh membawa maut.
Menurutnya pemberian imunisasi difteria dapat mengelak daripada jangkitan atau jika terkena jangkitan, gejala adalah lebih ringan dan tiada komplikasi.
"KKM telah mengambil tindakan bagi membendung penularan jangkitan ini (difteria) termasuk pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan," katanya.
Dr Noor Hisham berkata sejak Januari tahun ini sehingga kini, terdapat satu kes difteria telah disahkan di Malaysia.
Beliau berkata tahun lepas, 18 kes dengan lima kematian dilaporkan di negara ini yang empat daripada lima kematian berkenaan didapati tiada menerima imunisasi.
Kesemua kematian difteria bagi tahun lepas itu melibatkan kanak-kanak di bawah 10 tahun, katanya.
Dr Noor Hisham berkata sehubungan itu, KKM ingin menasihati orang awam terutamanya ibu bapa agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, demam campak, batuk kokol dan lain-lain.
"Pastikan anak anda diberikan imunisasi. Imunisasi adalah cara pencegahan penyakit yang berkesan dan selamat. Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperoleh daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan anak anda kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan kanak-kanak lain," katanya.
Beliau berkata ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka dinasihati agar tampil mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM dan bagi kanak-kanak yang tercicir suntikan, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan imunisasi di mana-mana fasiliti kesihatan terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 23 2019

Pemberian imunisasi difteria dapat mengelak daripada jangkitan atau jika terkena jangkitan, gejala adalah lebih ringan dan tiada komplikasi.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin pada 2020 - Kajian WHO, UNICEF
Perkhidmatan vaksinasi rutin kanak-kanak di Asia Tenggara dan Mediterranean Timur antara yang terjejas teruk, menurut WHO.

KKM ubah Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak mulai bulan ini
Vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak akan ditukar kepada vaksin enam serangkai mulai November.

Tiada vaksin, tiada sekolah - Itali perkenal undang-undang baru
Dikenali sebagai Undang-undang Lorenzin, ia mewajibkan semua kanak-kanak di Itali yang berumur enam hihgga 16 tahun untuk divaksinkan dan jika tidak, ibu bapa mereka akan didenda.

Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tiga lagi kes difteria disahkan di Johor
Kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas.

Malaysia akan bina kilang vaksin halal pertama di dunia
Dengan pembinaan kilang tersebut pihaknya mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.

Kes campak global meningkat 50 peratus, pengaruh antivaksin antara punca
Kemunculan semula campak di kebanyakan negara dikaitkan dengan fahaman tidak berasas bahawa vaksin campak membawa kepada kes autisme.

Kedah antara negeri tertinggi tolak vaksin
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.

3 kanak-kanak positif difteria dibenar pulang esok
Pemeriksaan terhadap kesemua individu itu dilakukan terhadap mereka yang berhampiran atau mereka di sekeliling kanak-kanak terlibat.

Kerajaan Johor kaji wajibkan suntikan vaksin
Dr Sahruddin Jamal berkata, penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri Johor.